Bilik ‘Khas’ Dilarang Masuk & Berbau Pelik, Selebriti Wanita Terkenal Didakwa Amal Perbuatan Syirik?

Baru-baru ini, muncul kontroversi yang mendakwa seorang selebriti wanita mengamalkan kepercayaan khurafat iaitu sihir.

Memetik laporan Utusan Malaysia, selebriti bertudung manis ini merupakan seorang yang dikenali satu nusantara dan kerap mencetuskan kontroversi.

Menurut sumber, selebriti yang juga penyanyi ini sudah lama terjebak dengan perbuatan syirik ini di rumahnya dan memiliki sebuah bilik ‘khas’.

Malah, bilik tersebut dikatakan sesiapa pun tidak dibenarkan masuk tanpa diberitahu sebab dan mempunyai bau yang tidak menyenangkan yang sukar untuk digambarkan.

Selebriti yang usianya bukanlah muda ini didakwa mengamalkan amalan khurafat ini atas sebab berniaga dan membuat orang tertarik kepadanya.

Sumber itu juga ada mendedahkan contoh amalan yang dilakukan selebriti tersebut namun tidak elok untuk diceritakan.

Sumber: Utusan Malaysia

Atiqah Johari