Featured By: Salma Syahbuddin May 25, 2022 @ 9:00pm

“Cita-Cita Saya Nak Mati Dalam Dakwah, Kalau Sebab Sakit Dan Saya Mati…” – Bukan Marketing! Ustaz Kazim Akui Keluar Jarum Dari Perut, Tak Boleh Kencing Dan Alami Kulit Berdarah

Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias mendedahkan penyakit misteri yang dialaminya sejak tahun 1997 sehinggalah sekarang bukanlah untuk tujuan pemasaran atau sengaja mahu meraih simpati orang ramai.

Menurutnya, sakit misteri yang dialaminya itu sememangnya amat sukar untuk dihadapi apatah lagi tugasnya sebagai pendakwah yang berjuang menyebarkan ajaran agama menuntutnya untuk sentiasa kesana kemari.

Ustaz Kazim sempat berkongsi mengenai perkara terbabit menerusi satu program temu bual yang disiarkan di stesen televisyen berbayar malam tadi.

Malah, beliau juga sempat menanggalkan solekan untuk menunjukkan kepada umum masalah kulit wajahnya yang lebam dan akan berdarah secara tiba-tiba serta bengkak pada telinganya itu bukanlah gimik seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

“Bila keluar rumah saya terpaksa pakai foundation, solek tebal nak tutup muka saya. Dan itu menyebabkan saya stress. 

“Saya dah pakai face mask bertahun sebab nak cover muka saya. Kadang pakai serban sebab tak larat nak solek. Sampai lama-lama saya malu nak jumpa orang.

“Kemudian berubat, jumpa pakar dan pengamal perubatan tapi Allah SWT belum izinkan,” katanya.

Ustaz Kazim berkata, terdapat beberapa perkara yang terpaksa diselindungkan demi menjaga aib dan mengelakkan dirinya dianggap meraih simpati.

“Kadang-kadang bila saya sakit, saya bangun buat kerja orang akan tanya balik kata sakit? Tapi takkan saya nak baring saja, sekolah saya kena jaga, warga emas di sekolah saya kena jaga. Jadi saya kena bangun. Sekurang-kurangnya bial sibuk saya lupa sakit saya.

“Saya tak perlukan simpati pun, ia tak dapat bantu saya,”jelasnya.

Berkongsi dengan lebih lanjut, Ustaz Kazim juga berkongsi antara amalan yang dilakukannya setiap hari bagi melindungi diri dari terkena sihir dan membantunya bertahan sehingga ke hari ini.

Antara amalan tersebut ialah, membaca ayat Kursi dan surah Hud ayat 56 sebaik sahaja selepas solat.

“Saya tak pernah tinggal baca ayat Kursi dan surah Hud ayat 56  dan amalan mandian yang saya buat. Itu membantu saya untuk bertahan.

“Dan benda yang menakjubkan waktu maghrib selepas keluar hospital adalah, saya mandi air ramuan yang saya buat keluar jarum dari perut sayadan saya masih simpan sampai sekarang. Itulah sihir,” katanya.

Selain itu, Ustaz Kazim juga mengakui tujuan hidupnya adalah mati dalam keadaan berdakwah dan menurutnya sekiranya kesakitan yang dialaminya ini menjadi asbab kepada kematiannya kelak maka, beliau reda.

ARTIKEL BERKAITAN:“Kaki & Perut Membengkak, Keluar Jarum Berkarat” – Ustaz Kazim Elias Dedah Alami Ujian Ketika….

ARTIKEL BERKAITAN:“Mungkin Orang Tak Kasi Keluar TV Atau Media Sosial…” – Ustaz Kazim Elias Akui Alami Kepedihan Muka Yang Teruk

ARTIKEL BERKAITAN:“Apabila Dibelah, Kaki Saya Tidak Ada Langsung Darah & Nanah,” – 6 Doktor Pakar Masih Gagal Kesan Penyakit Misteri Ustaz Kazim Elias

 

Sumber: Gempak, Youtube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 11 Mar 2020
Hiburan Mon, 27 Mar 2023
Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Akur Peminat Bukan Muda Lagi, XPDC Muncul Dengan Rock Dakwah

Saya mendapat nasihat daripada seorang ustaz yang mana dia memberitahu, saya boleh berdakwah menerusi lagu.

Featured Tue, 25 Apr 2023