Featured By: Marcella November 5, 2021 @ 2:48pm

Comelnya! Viral Di TikTok, Netizen Terhibur Dengan Gelagat 2 Warga Emas ‘Struggle’ Nak Rakam Video

Tular satu video di aplikasi TikTok baru-baru ini apabila melihat gelagat dua wanita warga emas yang membuatkan mereka terkial-kial mengenai fungsi kamera pada telefon bimbit.

@lindaaliass

Situasi mama and makdak struggle nak flip video guna camera belakang failed 🤣🤣🤣

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Melalui perkongsian video itu, menunjukkan dua wanita warga emas gagal merakam video daripada telefon bimbit yang baru dibeli kerana tidak tahu cara menukar fungsi kamera depan dan belakang.

“Situasi mama dan makdak ‘struggle’ nak ‘flip’ video guna kamera belakang ‘failed’,” tulis kapsyen pada perkongsian video itu.

Menurut Nor Asmalinda Mat Alias ketika ditemu bual oleh mStar, ibunya yang dikenali sebagai Jamaliah dan ibu saudaranya, Shamsiah ketika itu sedang menuju ke Shah Alam dari Meru, Klang untuk bersarapan bersama.

“Ceritanya, mama dengan mak ndak nak pergi sarapan di Shah Alam. Mak ndak yang duduk di tempat duduk penumpang nak buat video keluar dengan mama, tapi tak pandai sebab itu telefon bimbit baru.

“Tapi sampai ke sudah tak jadi sebab tak pandai nak ‘flip’ kamera,” jelas wanita yang mesra disapa Linda,” katanya.

Linda berkata, ibu saudaranya menceritakan kembali insiden lucu itu selepas mereka pulang dari bersarapan.

“Masa mereka balik, dia cerita dan tunjuk video itu kepada saya. Masa dia cerita, saya ketawa dan dalam masa yang sama rasa kesian pun ada.

“Masa itu rasa kelakar sangat, apabila mak ndak tunjuk video itu pun, mereka ketawa sekali bersama saya.

“Saya rasa kelakar, lalu saya pun minta mak ndak kongsi video otu dekat WhatsApp saya,” ujarnya.

Linda tidak menyangka video itu tular dan mendapat tontonan tinggi, namun gembira membaca hampir kesemua komen netizen yang terhibur dengan gelagat ibu dan ibu saudaranya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 25 Jun 2018

Mix & Match Koleksi ALDO Untuk Mirip Gaya Selebriti

Dengan barangan ALDO, anda boleh bergaya persis selebriti kesayangan anda.

LIFESTYLE Thu, 3 Jan 2019

Nak Turun Kadar Gula Dalam Darah Makan Peria Katak

Pemakanan ulam-ulaman seperti peria dan tomato semasa proses diet dapat mempercepatkan proses menurunkan berat badan

Events Fri, 26 Apr 2019

Ingin Menjadi Bintang? Serlahkan Bakat Di Nova Academy

Jadikan impian korang satu kenyataan!

Featured Thu, 31 Mar 2022
Featured Mon, 30 Aug 2021

Perdana Menteri Jalani Kuarantin Kendiri, Tidak Hadir Istiadat Angkat Sumpah

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menjalani kuarantin kendiri setelah disahkan kontak rapat kepada pesakit Covid-19. Sehubungan itu, beliau tidak dapat menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Simpan […]

Featured Thu, 11 Nov 2021

Kes Dadah Zarina Anjoulie Ditangguh Februari Depan

Perbicaraan di kes di tangguh ke tahun 2022