Featured By: Marcella January 12, 2022 @ 11:17am

Cucu Menangis Enggan Berpisah Dengan Datuk Setelah Dua Tahun Terpisah Akibat PKP

Ketika negara kita dilanda Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak keluarga yang terpisah dan hanya dapat bersatu semula selepas kebenaran rentas negeri dilonggarkan.

Tidak ketinggalan, keluarga ini juga terpisah dengan datuk dan nenek di kampung selama dua tahun disebabkan pelaksanaan PKP tempoh lalu.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @emothuzaiman, berkongsi detik sedih perpisahan antara anak lelakinya dan datuk kesayangan.

@emothuzaimah

InsyaAllah ada rezeki kami balik Pilah lagi.. #kualapilah #kampungkepis #baliksarawak #fyp

♬ original sound – Rosalinda Nelly – maimunah🐯

Video tersebut mengundang sebak netizen apabila kanak-kanak lelaki itu enggan berpisah dengan datuknya namun setiap pertemuan pasti ada detik perpisahan.

Lebih menyedihkan apabila datuk sanggup mengejar kereta mereka semula dengan motor yang ditungganginya sehingga ke persimpangan jalan untuk memeluk cucunya kembali.

“Hari ini balik Sarawak. Sebulan lebih Awin duduk dengan atok di Kuala Pilah setelah dua tahun tidak dapat balik sebab PKP.

“Atok pun kejar Awin sampai dekat simpang jalan,” kata wanita itu dalam video tersebut.

Kita dapat melihat hubungan rapat antara datuk dan cucunya apabila pelukan mereka begitu rapat antara satu sama lain kerana enggan berpisah.

“Dia punya rindu itu tak boleh nak ungkap” – Netizen

Melangkah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat detik perpisahan itu dan tidak menafikan kasih sayang yang erat antara datuk dan cucu tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 28 Dec 2020
Featured Wed, 31 May 2023
Trending Mon, 28 Sep 2020
Featured Wed, 14 Sep 2022
Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Featured Tue, 18 Apr 2023

Perjelas Salah Faham Kenyataan Ibu Mentua, Puteri Sarah Bakal Sambut Aidilfitri Di Kuala Lumpur

Boleh Syaikhul dan sumayyah beraya dengan atok dan neneknya❤️