Featured By: Aqilah Paharuzi April 5, 2022 @ 12:24pm

“Dalam Masjid Pun Tak Selamat,” – Netizen Berang Tangan Lelaki Miang Meraba Masuk Ruang Makmum Wanita

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki miang dipercayai mencuba untuk meraba wanita dengan memasukkan tangan di bawah tirai pemisah ruang solat wanita di sebuah masjid.

Umum mengetahui masjid atau surau seharusnya menjadi tempat paling selamat dan aman untuk menimba ilmu dan menunaikan ibadah, namun kejadian luar biasa yang berlaku ini sememangnya mengejutkan orang ramai.

Video yang diambil daripada TikTok itu tular di ruangan media sosial Twitter sehingga telah mencetuskan perbalahan antara netizen yang berang melihat perangai miang individu tersebut.

@zuhailazainal

dimana mana pun kita berada , berhati2 lah para wanita #fypシ

♬ original sound – mrsintrovert – ex?introvert

Malah, menerusi video tersebut dapat dilihat tangan lelaki berkenaan berkali-kali ‘merayap’ dan cuba untuk ‘meraih’ sesuatu disebalik tirai penghadang ruang solat wanita.

Kejadian itu telah menimbulkan rasa tidak senang duduk segelintir netizen yang berang melihat tangan miang lelaki berkenaan sehingga ada dalam kalangan mereka yang seakan bertanya adakah masalah tersebut masih berpunca daripada wanita dan bukannya seorang lelaki?

Perbalahan tersebut tercetus dipercayai kerana sebelum ini, ada sesetengah pihak berpendapat banyak kes rogol atau isu wanita diganggu kerana memakai pakaian seksi, namun kejadian berlaku di masjid yang mempunyai penghadang tirai itu membuktikan golongan wanita masih tidak selamat.

Meninjau reaksi ciapan tersebut, ramai yang menzahirkan rasa marah terhadap lelaki berkenaan yang dianggap sangat tidak wajar.

Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan netizen yang seakan mencadangkan solusi lain untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Begitupun, segelintir netizen turut memberi pandangan lain yang berpendapat bahawa lelaki tersebut berbuat perkara demikian dipercayai kerana mempunyai niat untuk mencuri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 19 Apr 2020

Kaji Selidik Solidariti fokus empat regimen rawatan COVID-19

Pesakit turut dikenal pasti sertai kajian

Trending Wed, 21 Apr 2021

Kanak-Kanak 12 Tahun Dilarang Berkunjung Ke Bazar Ramadan

Haa, jangan bawa budak. Dah beli terus balik okay!

Events Wed, 11 Jan 2023

[VIDEO] Azhar Sulaiman Kongsi Detik Cemas Kasih Leia Ixora Pengsan, Badan Kurus Akibat Menghidap Sakit Hipertiroid

Kesiannya Kasih Leia Ixora 😢 Patutlah nampak kurus sangat 😢 Semoga dipermudah segalanya ❤️

Featured Fri, 7 May 2021

Jom Daftar Jaringan Prihatin B40: Subsidi RM 180/ RM 300 Untuk Data & Peranti Anda

Baru baru ini,  Kerajaan telah memperkenalkan Program Jaringan Prihatin yang melibatkan melibatkan bantuan sejumlah RM180 seorang dan diperuntukkan untuk 8 juta penerima dari golongan B40 untuk kegunaan berkaitan telekomunikasi. Bantuan kredit ini boleh digunakan untuk belanja

Events Tue, 20 Nov 2018

Keputusan UPSR, PPSR Keluar 29 November

Dup dap dup dap…Tinggal sembilan hari saja lagi, keputusan PPSR & UPSR akan diumumkan. Pasti nervous kan?

Hiburan Wed, 23 May 2018

BTS is the First KPOP Group to Make Their Comeback on Foreign Stage

They performed Fake Love at the Billboard Music Awards 2018 and they’re also the first KPOP group to perform there!

Hiburan Sun, 28 Nov 2021

“Nak Pasang Badan Semula… Tapi Bila Pergi Gym Hairan Perut Tak Kecil” – Anak Kedua Baru Cecah 6 Bulan, Fiza Frizzy Kini Hamil Anak Ketiga

Biarpun anak keduanya baru sahaja berusia enam bulan, pengacara Fiza Frizzy, 33, mengesahkan dia kini sedang hamil anak ketiga. Dedah pengacara rancangan Wow Shop ini, pada awalnya dia agak ragu-ragu sehinggalah dia ditegur oleh kenalannya.

Featured Fri, 22 May 2020

| Live TV