Kes Mahkamah By: Khairil Khusyairi June 12, 2024 @ 5:38pm

Datuk Dan Nenek Zayn Rayyan Ditahan Polis 

Datuk dan nenek kepada kanak-kanak austime yang dibunuh pada Disember tahun lalu, Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan polis petang ini.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pasangan itu ditahan jam 2.30 petang tadi.

Menurutnya, penahanan mereka bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn.

Sementara itu difahamkan mereka ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor.

Namun menurut sumber itu lagi, tidak pasti lokasi mereka ditahan.

Hari ini, ibu kepada Zayn Rayyan yang direman sejak 1 Jun lalu hadir ke mahkamah bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak autistik itu dibawa untuk merekodkan keterangan.

Wanita berusia 29 tahun itu memakai baju lokap berwarna ungu, dikawal ketat pihak polis di lobi mahkamah sebelum dibawa masuk kenderaan agensi penguatkuasaan itu.

Pada 5 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman pada keesokan harinya.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri, dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Keluarga Harap Ada Berita Gembira Esok – “Kita Sama-Sama Tunggu”

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Peguam Maklum Ibu Bapa Mangsa Boleh Dibebaskan Dengan Jaminan

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Zayn Rayyan Dibawa Ke Rumah, Lakonkan Semula Kejadian

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Keterangan Tak Selari Antara Punca Reman Ibu Bapa Disambung 6 Hari Lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Situasi Di Luar Mahkamah Kecoh, Bapa Zayn Rayyan Sempat Jerit “Saya Dianiaya, Ini Semua Fitnah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Bapa Arwah Adik Zayn Rayyan Diberkas

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Zayn Rayyan: Atas Faktor Tertentu, Peguam Ibu Bapa Mangsa Tarik Diri

ARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Hidup Pelaku Tak Tenteram Setiap Saat” – Bapa Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Tengok Video Lama, Rasa Macam Tak Percaya Betul Ke Anak Aku Dah Pergi” – Ibu Zayn Rayyan

ARTIKEL BERKAITAN: “Jumpa Lagi Ya Abang, Mommy Rindu Sangat… Maafkan Mommy” – Ibu Zayn Rayyan

Sumber: Harian Metro

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Jun 2020

Orang Melaka Dah Boleh Makan Di Restoran Mulai Esok

Apa-apa pun tetap perlu amalkan penjarakan sosial

Hiburan Tue, 15 Jan 2019
Featured Fri, 5 Aug 2022

“Kalau Saya Mati, Tolong Jagakan…” – Ucapan Noh Salleh Untuk Mizz Nina Kembali Tular, Netizen Terkilan Jodoh Pasangan Ini Berakhir

Bertahun sudah berdua bersama, Menempuh segala dugaan, Walaupun hidup ada kekurangan… Mungkin ini jalan yang terbaik untuk mereka berdua.

Events Mon, 3 Dec 2018

Here’s the Full Schedule to this Year’s Heineken Live Your Music 2-Week Event

In December, Heineken ® Live Your Music invites its fans to join the brand for two weekends of high energy back-to-back music experiences across 4 cities featuring innovative artist collaboration and performances from established global […]

Featured Thu, 23 May 2024
Featured Tue, 14 Nov 2023

Sejak Masuk Penjara, Siti Bainun Makin Slim… Turun 60 Kilogram Dalam Masa 6 Bulan

Susut betul Siti Bainun 6 bulan duduk penjara kan?😉

Hiburan Thu, 6 Jun 2019

‘ Takde Job? Jangan Salahkan Syarikat Produksi’- Lan Siro

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tak gitu?