Featured By: Marcella November 22, 2021 @ 3:31pm

Demi Mangga Asam Boi Traffic Light, Gadis Selamba Panggil Abang ‘Spiderman’ Guna Mikrofon

Penjualan mangga asam boi di lampu isyarat bukanlah sesuatu yang baru bagi rakyat Malaysia.

Hal ini kerana strategi pemasaran yang digunakan oleh penjual adalah unik dan mempunyai ramai peminat yang menggemari jeruk itu.

Itulah yang menjadi tumpuan netizen baru-baru ini apabila seorang penjual mangga asam boy dilihat memakai kostum Spiderman di tengah kesibukan lampu isyarat.

Tertarik dengan penampilan penjual itu, selain penggemar jeruk tersebut, seorang gadis memanggil penjual itu dengan menggunakan mikrofon karaoke ‘bluetooth’ dari dalam kereta rakannya.

@midho008

demi mangga traffic light

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @midho008 itu berkongsi mengenai gelagat seorang gadis yang ingin membeli jeruk mangga kemudian memanggil penjual itu sebagai abang Spiderman.

“Bang, mangga satu abang Spiderman.

“Ambil gambar abang Spiderman ni,” kata gadis itu dalam video tersebut.

Penjual tersebut dilihat bersembunyi di sebalik tiang kerana malu selepas gadis itu memanggilnya abang Spiderman.

“Demi mangga traffic light,” tulis kapsyen dalam video itu.

“Spiderman tu pun malu” – Netizen

Melangkah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan idea baharu yang digunakan gadis ini untuk mendapatkan mangga asam boy.

Malah, netizen turut memberi perhatian kepada penjual mangga yang menyorok di sebalik tiang seolah-olah malu dengan panggilan menggunakan mikrofon.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Mar 2018

BTS sings OST For Japanese Remake Of ‘Signal’!

BTS is back with an OST for the Japanese remake of ‘Signal’!

Trending Hari Ini Wed, 3 Jun 2020
Featured Wed, 9 Aug 2023

Kongsi Video Di Butik, Aedy Ashraf Didakwa Tempah Baju Kahwin? Netizen Luah Rasa Teruja! – “Ukur Lilit Session”

Awhhh, Aedy tempah baju kahwin ke tuuu? 👀 Tak sabarnya min nak tengok Aedy, Amelia naik pelamin! Hiks 🤍😜

Events Thu, 20 Sep 2018

#ABPBH31 : Ayuh Meriahkan #FANtastik ABPBH 22 September Ini!

Pada hari itu nanti, setiap FC menyusun program di booth mengikut kreativiti masing-masing. Antara acara menanti pengunjung adalah sesi ramah mesra bersama artis, pameran trofi ABPBH, pameran ‘throwback’ busana yang digayakan selebriti di karpet merah ABPBH dan jualan produk serta lelongan barangan ‘preloved’ artis.

Hiburan Fri, 4 Oct 2019

Vivy Yusof Kerja Keras Untuk dUCk ke-5!

Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Tak gitu!

Hiburan Thu, 13 Sep 2018

Zarina Anjoulie Kutuk Minah Dagu Senget, T***k Mini Sajat?

Zarina Anjoulie label wanita ini sebagai…

Featured Wed, 18 Mar 2020

Kerajaan tidak melaksanakan bancian atau imunisasi COVID-19

Jangan terpedaya dengan pihak ambil kesempatan

error: Content is protected !!