Featured By: Aqilah Paharuzi April 7, 2022 @ 5:00pm

“Denda RM100,000… COVID-19 Nak Masuk 3 Tahun, Kenapa Baru Sekarang?” – Netizen Pertikai Keperluan Memakai Pelitup Muka Perakuan SIRIM

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd berkuat kuasa mulai 4 Julai depan.

Perkara berkenaan merupakan susulan daripada pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Dalam pada itu, isu berkenaan telah meraih perhatian netizen yang rata-rata mempertikaikan tindakan terbabit dan turut meluahkan rasa tidak setuju.

Meninjau di ruangan media sosial Twitter, ramai yang seakan menyoalkan apakah rasionalnya untuk pihak kerajaaan membuat keputusan tersebut sedangkan negara kita bakal memasuki tahun ke-3 memerangi wabak pandemik COVID-19.

Bukan itu sahaja, ada juga daripada segelintir netizen yang memikirkan nasib golongan B40 yang mungkin tidak mampu untuk membeli pelitup muka yang mempunyai perakuan SIRIM nanti dek kerana harga penjualan di pasaran pasti dijangka meningkat.

Lebih menambah bara di hati netizen apabila seandainya terdapat individu yang gagal mematuhi arahan berkenaan akan dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Difahamkan tujuan pemakaian pelitup muka mempunyai perakuan SIRIM ini adalah untuk memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan, menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.

Bagaimanapun, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menunda penguatkuasaan perakuan pelitup muka bukan perubatan untuk memohon SIRIM kepada 1 Januari depan.

“Setelah ambil kira maklum balas masyarakat, kementerian menangguhkan penguatkuasaan pewartaan,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Majlis Amanat Menteri Bersama Pihak Industri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Jul 2022

Sah Sertai Tentera Udara AS, Sarah Hildebrand Tak Berdepan Diskriminasi Agama – “Mereka Sangat Menghormati Saya..”

Perbezaan agama dan budaya bukan penghalang Sarah. Dia turut menjawab mengapa dia memilih untuk sertai Tentera AS. Apapun, tahniah!

Featured Tue, 7 Aug 2018
Featured Tue, 1 Nov 2022

Nak Hilangkan Perasaan Suka Atau Benci Terhadap Seseorang? Ini Pesanan Ustaz Azhar Idrus

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI berkongsi tip bagaimana untuk menghilangkan perasaan suka atau benci terhadap seseorang. @mfazzy MASA MAIN PERANAN #masa #sangkabaik #doa #ustaz #mfazzy #tiktokguru #jombelajar #ustazazharidrus ♬ tak ingin […]

Trending Wed, 20 Mar 2019

重温经典美国影集《六人行》 LEGO提案完美还原中央公园咖啡店场景!

经典美国影集六人行虽然下档许久,但至今仍有各种方式无限回味,就像是法国设计师用了乐高积木。

Trending Wed, 10 Jun 2020
Trending Wed, 11 Aug 2021
Featured Fri, 22 May 2020
Featured Thu, 8 Jun 2023

Masih Timbul Isu Bodyshaming, Isteri Kesal Tindakan Blogger Sengaja Api-Apikan Hubungan Aaron Aziz & Syamsul Yusof

Alahaiiii, kesian Datuk Aaron 🥲🥲 Sampai bila kes bodyshaming ni nak habis 🫨