Featured By: Arfah December 13, 2021 @ 12:43pm

“Dia Nak Ikut IU Tu Pergi Zaman Goryeo” – Bagai Drama Scarlet Heart Ryeo, Lelaki Terjun Tasik Cermin Ipoh Timbulkan Pelbagai Reaksi Netizen

Tular sebuah video seorang lelaki terjun ke dalam Tasik Cermin di Ipoh, Perak baru-baru ini yang menimbulkan kemarahan dan pertanyaan warganet.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang lelaki berbaju hitam secara tiba-tiba memanjat penghadang jalan lalu terjun ke dalam tasik yang menjadi tumpuan para pelancong itu.

Aksi yang dilakukan oleh lelaki itu seperti sedang terjun di taman teman air.

Pengunjung yang berada di sekitar kawasan terbabit turut terkejut dan tertanya-tanya selepas melihat aksi lelaki itu.

Ada juga yang kelihatan risau dan takut jika lelaki itu tidak timbul dari permukaan air.

Seorang pengguna TikTok mendakwa dia berada di sana ketika kejadian itu berlangsung dan lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan malah lelaki itu dikatakan mengulangi semula terjunannya itu.

“Dia nak test cermin betul ke tak”

Melewati komen-komen yang ditinggalkan netizen, ramai yang berjenaka dan meninggalkan komen-komen berbaur sarkastik.

 

Ada juga mengaitkan tindakan lelaki tersebut seperti dalam drama Korea popular Scarlet Heart Ryeo di mana karakter utama lemas di dalam tasik lalu tersedar di dalam dunia lain.

“Dia nak jumpa Joong Gi versi kesultanan Melayu”

Ada juga yang mendakwa tasik ini sebagai tasik larangan kerana mempunyai penjaga ghaib dan pengunjung ditegah untuk melakukan perbuatan sembarangan.

“Tempat ini mungkin tempat larangan. Maksud cermin dulu tu mungkin perlu peringatan pada kita manusia. Itu tempat orang-orang ghaib. Kena faham kiasan kata” tulis seorang pengguna.

Walaubagaimanapun, Kosmo melaporkan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin sedang menyiasat individu dalam video terbabit.

“Untuk makluman kawasan Tasik Cermin ini di bawah pengurusan Geopark Kinta yang tidak boleh sewenang-wenangnya diceroboh,” kata Rumaizi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Aug 2022

[VIDEO] “Takut Terkena Demam Panas” – Bella Astillah Guna Trend Audio Pontianak, Dibanjiri Nasihat Netizen

Bella Astillah dinasihati netizen untuk tidak perlakukan anaknya sebegitu.

Hiburan Wed, 3 Jan 2024

Isteri Selamat Melahirkan Anak Lelaki, Ryan Bakery Bergelar Bapa

Alhamdulillah congrats Ryan & Elyia! 🤲🏼 Lepas ni ada content Ryan junior 😍

Featured Mon, 18 Oct 2021

Treler Baharu The Batman Tonjol Sisi Gelap Robert Pattinson

Produksi Warner Bros telah melancarkan treler terbaru filem superhero, The Batman yang dibintangi oleh Robert Pattinson sebagai pelakon utama filem itu. Treler yang dilancarkan di DC Fandome itu mendapat pelbagai reaksi dari peminat DC Comics. […]

Hiburan Wed, 26 Jun 2019
Featured Mon, 22 Feb 2021

“Comelnya Anak Dia!” Telatah Anak Kembar Eina Azman Memasak Cuit Hati Ramai

Pandai betul anak DP Eina Azman bergaya, sama macam Mommy dia😍

Trending Wed, 13 May 2020
Hiburan Wed, 25 Dec 2019

Jovian Bawa Anak Tunai Umrah

Untungnya kecil-kecil dah ke Tanah Suci!

Trending Sun, 2 Dec 2018

Bantuan Sekolah 50,000 Ringankan Beban Penduduk Lembah Pantai

Sumbangan itu dapat memberikan kelegaan dan meringankan beban kepada sebilangan penduduk di sekitar kawasan berkenaan.