Featured By: Salma Syahbuddin October 29, 2021 @ 2:29pm

“Dia Punya Tahap Berdikari Tu, Sampai Ke Dapur Orang…”- Pemuda Bancuh Air Sendiri Lepas 30 Minit Tunggu Order

Tindakan seorang remaja yang dikenali sebagai @aethesticloner menerusi laman sosial media Tik Tok ternyata mencuri perhatian.

Mana taknya, tindakan berani pemuda ini membancuh air sendiri di sebuah restoran mamak ternyata dipuji warganet.

Menurut @aethesticloner, dia bertindak sedemikian mungkin disebabkan keadaan dirinya yang terlalu letih dan tidak tidur seharian menjadi punca kenapa dia bertindak aktif.

Malah, penantian selama 30 minit untuk pelayan restoran berkenaan mengambil pesanan juga antara penyebab utama beliau membancuh air sendiri selain turut membersihkan meja dan mengangkat cawan pelanggan lain yang masih berada di meja tersebut.

“Sebenarnya, aku sampai masa tumeja bersepah dengan kotornya, cawan lagi, setengah jam aku tunggu dorang tak buat apa-apa. Aku pergi dapur, aku ambil kain lap.

“Pastu patah balik, lap and bawa cawan semua ke dapur, baru la buat air,” tulisnya.

“Walaupun tak reti malu, member macam ni lah function…”

Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat pemuda ini yang dilihat sangat selamba dan membantu pekerja restoran terbabit tanpa perlu mengamuk dan sebagainya.

Untuk makluman, video ini juga telah ditonton sebanyak 294,000 kali dengan lebih 58,000 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Rabu.

@aethesticloneraku dengan barainya, tak tidur sehari, penat balik kerja, memang hyper teruk la 🤣 ##fyp ##viral2021 ##xyzbca ##tiktokmalaysia ##berandatiktok ##lawakmalays♬ original sound – urlilboy

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Trending Sun, 21 Aug 2022

“Rasa Kalau Tok Ram, Mau Dia Bakar Studio Ni”- Mokhzani Ismail ‘Pantang’ Dengar Nyanyian Sumbang Aliff Syukri

Awal minggu ini tular tentang nyanyian duet usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bersama penyanyi, Baby Shima menerusi lagu Baby Sayang yang trending nombor satu di YouTube. Rata-rata wargamaya menyifatkan usahawan tersebut seorang yang […]

Selebriti Wed, 29 Nov 2023
Events Sat, 29 Feb 2020

[VIDEO] Bukti Setia Kawan Sejati, Afgan Muncul Di Konsert BCL?

Kemunculan BCL pada konsert pertama beliau semalam yang bertempat di Friday Fusion, SQ Quarter Dome, Cilandak, Jakarta Selatan pada Jumaat nyata memberi kejutan dan sambutan yang hangat oleh peminat beliau sebagai tanda sokongan mereka kepada […]

Events Tue, 9 Jan 2018

BINTANG BERSAMA BINTANG KEMBALI MENYINAR!

Kepada Semua peminat Ajak, Issey, Shuk, Achey, Mark Adam, dan Abam, jangan lupa untuk menyaksikan Bintang Bersama Bintang 2018 pada setiap hari Ahad, jam 10 malam hanya di TV3. Dan, jangan lupa untuk layari laman web rasmi BBB 2018 di portal xtra.com.my/BBB2018

Featured Tue, 15 Mar 2022

‘Sumpahan Salju’ Inspirasi Kisah Snow White, Uniknya Melodi Lagu Baru Ara Johari… Siap Pegang 3 Watak Lagi!

Cantik MV Sumpahan Salju lagu baru Ara Johari! 😍 Inspirasi daripada kisah dongeng Snow White, fuh menarik ni!

Hiburan Sat, 21 Dec 2019

Takziah, Remy Ishak Kehilangan Ayah Tersayang…

Innalillah wa inna ilaihi roji’un…

#LaguXTRA Thu, 16 Mar 2023