Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 3, 2022 @ 6:41pm

Dihasilkan Sejak 10 Tahun Lalu, Lagu ‘Malu’ Mungkin Jadi Buah Tangan Terakhir Syafiq Naser

Bermula dengan video-video lucu yang sering dimuat naik di Instagram sehingga dikenali sebagai selebriti media sosial, Syafiq Naser kini semakin berjinak-jinak dalam dunia seni suara.

Terdahulu, dia pernah mengeluarkan single pertamanya, Lenggang yang meraih perhatian ramai apabila lagunya itu dimainkan sebagai lagu tema drama bersiri The Maid.

Kini, Syafiq kembali dengan single keduanya, Malu, hasil dari ciptaan sepenuhnya.

Kata anak kelahiran Parit, Perak itu, lagu Malu sudah mula dicipta sejak 10 tahun yang lalu ketika dia masih berada di bangku sekolah.

“Memang ini merupakan lagu yang sudah dicipta sejak zaman persekolahan lagi. Saya sendiri pernah memperdengarkan lagu ini kepada keluarga dan orang sekeliling ketika itu.

“Alhamdulillah setelah satu dekad berlalu barulah ia direalisasikan. Sudah pasti saya gembira dengan kehadiran Malu dan berharap ia akan diterima baik oleh semua pihak,” ujarnya.

Namun begitu, Syafiq turut berkata ini mungkin merupakan karya terakhirnya sebagai seorang penyanyi memandangkan kehadirannya dalam bidang nyanyian kurang mendapat sambutan hangat daripada peminat.

Jelasnya lagi, sekiranya lagu tersebut mendapat maklum balas dan sambutan yang baik barulah dia akan mempertimbangkan untuk meneruskan karier sebagai penyanyi.

“Saya pernah menyertai pertandingan nyanyian dan mendapat komen negatif daripada seorang komposer popular.

“Dia tidak suka dengan nyanyian saya dan mahu saya meneruskan dalam bidang mencipta kandungan sahaja.

“Apa yang disebutkan itu memang ‘membakar’ jiwa dan saya mahu buktikan dengan kehadiran Malu ini, saya juga boleh menyanyi dan tidak seperti yang dikatakan,” tegasnya.

Untuk info, lagu ini menerima Dana Pemasaran Muzik Malaysia 2022 daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOM).

Dilancarkan secara rasmi pada 28 Oktober, Malu sudah boleh distrim disemua platform digital dan video muzik pula boleh ditonton di YouTube Syafiq Naser.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Apr 2019

One Two Jaga Terus Unggul, Tahniah Nam Ron!

Filem Crossroad: One Two Jaga meneruskan kegemilangan pada Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) pada 30 Mac lalu, apabila membawa pulang anugerah Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik di majlis Anugerah Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA) […]

Hiburan Mon, 20 Nov 2023
Hiburan Sat, 11 May 2019

Hasrat Miliki Anak Kembar Tak Kesampaian, Isteri Aliff Syukri Reda…

Semoga segala urusan melahirkan anak dipermudahkan… Insha Allah ada rezeki lain menanti.

Hiburan Mon, 5 Aug 2019

Rindu Zaman Muda? Nah…Ini ‘Ubatnya’!

Pernah bekerjasama dengan bintang hip hop tersohor SonaOne, Chaleeda juga semakin dikenali di Malaysia.

Trending Sun, 7 Jul 2019

Pemandu Bas Meninggal Bawa Penumpang Ke Pulau Pinang

Maut memang tidak kenal masa dalam perjalanan pun boleh meninggal

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Tambah Anak Lagi? Nanti Dulu…

Dalam masa sama, penyampai radio Hot FM ini bersyukur dianugerahkan bayi perempuan yang melengkapkan keluarga kecilnya.

Featured Tue, 27 Dec 2022

“Teganya Hati Manusia Lihat Keluarga Ni Hancur, Ditinggalkan…” – Ibu Syamsul Yusof

Sayunya luahan hati ibu Syamsul Yusof 🥹🥹🥹 Untungggg Puteri Sarah dapat ibu mentua yang sangat penyayang 🥹🥹