Featured By: Salma Syahbuddin August 24, 2021 @ 5:00pm

Dine In Tanpa Suntikan Lengkap, Pasangan Suami Isteri Terima Padah

Terdahulu pasangan suami isteri yang kononnya ingin membuat social experiment dengan dine in di sebuah kedai akhirnya menerima padah apabila kedua-dua individu terbabit kini ditahan pihak polis.

Menerusi hantaran di Facebook Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, beliau memaklumkan perbuatan pasangan suami isteri itu jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1.

Shamsul berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan satu kenyataan yang tular di medium media sosial mengenai social experiment ini yang sekaligus mendatangkan ketakutan dalam kalangan masyarakat.

“Polis menerima aduan berkaitan satu kenyataan tular di medium media sosial Facebook oleh pemilik akaun yang memuat naik kenyataan berkisar tentang eksperimen sosial beliau masuk ke beberapa kedai dan gambar makan di dalam kedai atau dine-in bersama anak dan suami walaupun belum mendapatkan dua dos suntikan vaksin.

“Pemilik akaun juga turut memuat naik kenyataan yang telah mendatangkan ketakutan dan kegentaran kepada orang awam,” katanya.

Justeru itu, individu terbabit yang masing-masing berusia dalam lingkungan  35 dan 36 tahun tersebut ditahan di kediaman mereka yang terletak di Bandar Putera 2 pada jam 5 petang pada Isnin.

Dan kini kes masih disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Jan 2018

FARID KAMIL JALANI KESIHATAN MENTAL DENGAN SEGERA! – FADZIL ZAHARI

Fadzil Zahari memberitahu mereka sekeluarga tidak akan melengah-lengahkan abangnya itu menjalani pemeriksaan kesihatan mental dalam masa yang terdekat

Hiburan Tue, 28 May 2019
Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Fattah Teruja Bawa Fazura Balik Kampung

Kesempatan ini akan saya gunakan untuk memperkenalkan isteri kepada saudara-mara yang belum pernah bertemu Fazura. Wah, mesti best kan, pertama kali bawa isteri round kampung!

Events Thu, 10 Oct 2019

Erra Fazira Akui Shahir Bukanlah Pilihan Utama

Wow, habistu siapa agaknya pilihan pertama Erra?

Trending Hari Ini Mon, 6 Apr 2020