Featured By: Salma Syahbuddin August 9, 2022 @ 3:06pm

Diserang Sawan Berulang Kali, Bapa Maklum Keadaan Ainul Mardhiah Makin Teruk – “Perit Tak Terucap Bila Tengok…”

Umum sedia maklum, bahawa sebelum ini keadaan adik Ainul Mardhiah yang dilaporkan tenat akibat jangkitan kuman merebak ke seluruh tubuh menyebabkan beliau terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) dan terpaksa ditidurkan.

Namun, sejak beberapa hari lepas kanak-kanak kecil berusia 4 tahun itu dikatakan sudah tidak lagi kritikal namun masih menggunakan ventilator dan masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini di Facebook ayah Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad, beliau memaklumkan keadaan anaknya itu kini semakin teruk selepas diserang sawan berulang kali.

Menurutnya, ini adalah kali pertama Ainul terkena sawan dan ia berlaku sebanyak 4 hingga 5 kali dalam tempoh kurang 12 jam.

“Doakan Ainul. Ainul agak “teruk” hari ni lepas diserang sawan berulang kali semalam. Ini kali pertama Ainul kena sawan. Dan ianya berlaku 4 5 kali dalam tempoh tak sampai 12 jam.
“Ainul nampak sangat berbeza sekarang. Ainul pernah banyak kali jatuh sakit sebelum ini, tapi saya nampak dia masih bertenaga untuk melawan walaupun diberi ubat tidur.
“Hari ini, walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan. Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan. Badannya kaku.
“Saya menangis semahunya sejak serangan berlaku tengah malam tadi. Saya tak dapat nak gambarkan apa yang saya rasa sekarang. Saya sangat sayang dengan Ainul. Saya redha,” tulisnya.
Malah, beliau juga berharap agar ada keajaiban dari Allah dan memohon supaya orang ramai di luar sana mendoakan anaknya itu kembali sihat dan kuat seperti sedia kala.
“Doktor masih berusaha merawatnya. Kita semua sudah mendoakan yang terbaik untuknya. Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan.
“Jauh di sudut hati, Saya masih berharap keajaiban dari Allah swt. Semoga Allah SWT izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata.
“Tapi apa lah daya saya. Saya tidak tahu manakala DIA tahu segalanya. Doakan untuk Ainul Mardhiah kami,”katanya.
Dalam hantaran yang sama juga,  Ahmad Safiuddin memaklumkan doktor kini masih menjalankan rawatan CT Brain dan Ultrasound di perut Ainul bagi mengenal pasti punca terjadinya sawan ke atas anak kecil itu.
“Semalam waktu sawan menyerang, walid ada di sisi kakak. Perit tak terucap bila tengok keadaan kakak semalam. Sakit.
“Hari ini Doktor buat CT Brain dan ultrasound di perut. Walid berharap sangat tak ada perkara yang serious menjadi penyebab kakak tiba tiba sawan semalam. Dan walid berdoa pada Allah swt, sawan semalam tidak memberi apa apa kesan buruk pada tubuh badan kakak. Kami semua sayang Ainul,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Apr 2020
Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Rapper Terkenal Afrika Jabulani Tsambo Meninggal Dunia

Rapper terkenal berusia 38 tahun ini pernah berdepan dengan masalah depresi beberapa tahun lalu. RIP HHP!

Trending Mon, 17 May 2021

Jangan Panik! Pertahanan Siber Negara Masih Selamat – ATM

Semoga negara kita sentiasa dilindungi

Featured Tue, 31 Jan 2023
Trending Tue, 31 Mar 2020