“Jangan Jadi Lemah Kalau Orang Fitnah Kita, Jangan Peduli” – Ebit Lew

Pendakwah, Ebit Lew mencuri tumpuan warga maya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew berkongsi sebuah nasihat soal kehidupan.

Dalam nasihat tersebut, Ebit berkata segala tanggapan buruk atau fitnah tidak perlu peduli sebaliknya berharaplah kepada Yang Maha Esa.

“Hidup jangan terkesan dengan orang, jangan minta dengan orang, jangan harap dengan orang.

“Terkesan minta harap dengan Allah, kita buat apa untuk Allah sayang, kita buat baik untuk Allah sayang.

“Orang nak keji, orang puji itu bukan urusan kita dan diorang tak boleh buat apa pun sebab itu jangan terlalu sedih kalau orang kata kita.

“Jangan jadi lemah kalau orang fitnah kita, jangan pedulikan sebab kita tak hidup untuk diorang, kita hidup untuk Allah sayang,” ujarnya.

Terdahulu, nama Ebit Lew hangat di media sosial apabila tular satu notis yang mendakwa cawangan kedai serbaneka miliknya iaitu Elews Mart ditutup secara berperingkat mulai 15 Januari lalu.

Dalam pada itu, tinjauan pada laman web Elews Mart Sdn. Bhd. mendapati tiada sebarang notis dipamerkan.

ARTIKEL BERKAITAN:  Hampir Empat Tahun Beroperasi, Elews Mart Milik Ebit Lew Tutup Semua Cawangan? 

ARTIKEL BERKAITAN: Saksi Jumpa ‘Group WhatsApp’ Ada Gambar & Video Lucah Dalam Telefon Bimbit Ebit Lew

Khairil Khusyairi