Featured By: Atiqah Johari August 19, 2022 @ 7:26pm

Gara-Gara Muka Tertutup Dengan Kain Lampin, Bayi Berusia 4 Bulan Temui Ajal

Hari ini dilaporkan sebuah kes dimana seorang bayi lelaki yang baru berusia empat bulan menemui ajal selepas mengalami sesak nafas gara-gara mukanya tertutup dengan kain lampin ketika berada dalam buaian.

Kejadian ini berlaku ketika bayi tersebut berada di rumah pengasuhnya di Taman Cempaka. Ampang Jaya semalam.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak memaklumkan bahawa Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang telah menerima pesakit bayi lelaki tersebut yang dibawa dari klinik di Pandan Indah dengan ambulans Hospital Ampang.

“Semasa tiba di Hospital Ampang, pesakit sudah tidak bernyawa.

“Bantuan kecemasan diberikan tetapi mangsa menunjukkan tanda-tanda kematian,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menurut Farouk, bayi malang tersebut tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada jam 6.35 petang.

Kejadian ini masih dalam siasatan dan pihak polis telah menahan reman pengasuh bayi tersebut yang merupakan wanita warga Indonesia.

“Punca kematian masih dalam siasatan.

“Susulan itu, pada jam 10.30 malam tadi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ampang Jaya membuat tangkapan terhadap wanita warga Indonesia berusia 26 tahun yang juga pengasuh bayi itu,” katanya.

Walaubagaimanapun, pengasuh tersebut didapati tidak mempunyai sebarang rekod lampau yang melibatkan kesalahan jenayah atau dadah selepas semakan dibuat.

Dalam pada itu, keterangan awal telah diambil oleh pihak polis bagi mengetahui punca kematian bayi tersebut.

“Keterangan awal suspek memaklumkan mangsa sesak nafas kerana kain lampin dalam buai menutup muka.

“Ketika kejadian ibu bapa mangsa sedang bekerja manakala bayi itu dihantar ke rumah suspek untuk dijaga,” katanya.

Sehubungan itu, suspek telah dibawa ke Mahkamah Ampang pagi tadi untuk direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Kes ini turut disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Jul 2018

Black Hanifah Dan Isteri Panik, Bayi Dalam Kandungan Tidak Bertindak Balas Selepas Makan Durian

Gara-gara terlebih makan durian bayi dalam kandungan isteri Black Hanifah tidak menunjukkan tindak balas seperti biasa.

Hiburan Wed, 17 May 2023
Featured Sat, 7 Apr 2018

Rupanya Ada Seorang Lagi Ahli Keluarga Kardashian Yang Anda Mungkin Tak Tahu. Sama Cantik!

Tak mengejutkanlah jika ada seorang lagi ahli keluarga Kardashian yang juga cukup lawa dan menarik perhatian.

Filem Thu, 26 May 2022

Jayakan Watak G*y, Sean Ghazi Harap Penonton Berfikiran Terbuka

Penyanyi dan pelakon Sean Ghazi berpendapat sebagai seorang anak seni, sudah menjadi tanggungjawab besar untuk menghormati apa sahaja karakter yang telah diamanahkan oleh pengarah. Terbaharu, Sean menjayakan watak lelaki homoseksual dalam filem ‘Split Gravy Ke […]

Hiburan Mon, 7 Oct 2019

Suami Lufya Buat Laporan Polis, Dakwa Imej Tercemar

Selepas memilih untuk tidak mengulas panjang apabila isterinya, pelakon, Lufya Omar kerap membuat kenyataan negatif tentang pergolakan rumahtangga mereka, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum akhirnya membuat laporan polis terhadap isterinya itu. Dr Che Muhammad […]

error: Content is protected !!