Featured By: Dharnieya Nur Amelsa November 4, 2022 @ 7:10pm

Hadiahkan Gelang Tangan Emas, Niena Baharun Terharu Dengan Pengorbanan Pengasuh Anak

Pelakon Datin Niena Baharun menghadiahkan seutas gelang tangan emas kepada pengasuh dan penjaga anak-anaknya, Asra Syafikah.

Menerusi perkongsian video di laman TikTok, Niena bersyukur dikurniakan penjaga yang baik hati dan ikhlas menjaga anak-anak.

@nienabaharun.nb Perpisahan itu ada, agar kita bisa menghargai sebuah pertemuan. 🤍 #simpansinibuatkenangan #fyp #fypシ #foryoupage #tiktokmalaysia #tiktokindonesia ♬ Kenangan Terindah (Piano Version) – Gaius Yeong

Terdahulu, Asra yang menawarkan diri untuk menjaga dua anak pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu dengan niat untuk meringankan beban keluarganya.

“Awal tahun haritu saya struggle cari helper untuk jaga anak-anak saya lepas maid yang lama balik. Dengan nak tunggu maid baru tak boleh masuk sebab musim Covid.

“Tapi satu hari tu, Allah temukan saya dengan insan bernama Asra Syafikah secara tidak sengaja. Dengan izin Allah, dia yang offer diri untuk bekerja sebagai babysitter anak saya.

“Sebelum dia masuk kerja, banyak kali saya tanya dia. Betul ke nak jadi babysitter? Sebab bukan senang nak jaga kids di usia muda, tambah masa tu tengah aktif.

“Jawapan dia memang suka kids, dan dari sekolah dia dah biasa jaga adik-adik sebab adik beradik dia ada lapan orang.

“Bila saya dengar lapan orang adik beradik, masa tu saya nampak keikhlasan di hati seorang anak dan kakak.

“Dia cakap, dia nak kerja, nak tolong ringankan beban mak dan ayah serta adik beradik dia.

“Walaupun awak bekerja dengan saya hanya berapa bulan tapi saya terima kasih dan hargai cara awak jaga, sayang anak-anak saya,” tulisnya.

Menurut Niena, dia terharu dengan ketulusan dan keikhlasan Asra yang sanggup mengorbankan masa mudanya demi mencari rezeki yang halal.

“Hadiah ni pun, tak boleh ganti dengan masa yang awak korbankan untuk menjaga kedua anak saya.

“Dia bukan sahaja babysitter untuk anak-anak saya tapi saya anggap dia macam keluarga saya.

“Kisah suka duka kami sentiasa kongsi bersama. Walaupun kenal berapa bulan. Setiap pertemuan pastu ada perpisahan dan saya pasti perpisahan ini bukanlah satu pengakhiran,” tulisnya lagi.

Untuk info, Niena mendirikan rumah tangga dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim pada 1 Februari 2018 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Adiel Mikael dan Alyssa Marissa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

MASIH RELEVAN KE, NOAH?

Selepas lebih 6 tahun tahun menyepi, akhirnya Kumpulan Noah bakal kembali menggegarkan Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 25 November ini.

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

CHACHA TAMPAL ‘MAKE UP’ SOROK HIDUNG RETAK

  Baharu sahaja Ahad lalu, Melodi memaparkan hal Chacha Maembong dan penyanyi Didi Astillah terlibat dalam kemalangan kereta. Melalui perbualan telefon waktu itu, Chacha memberitahu dia masih berehat di rumah kerana alami retak pada batang

Featured Thu, 10 Feb 2022

Pemeriksaan Suhu Kini Tidak Diwajibkan Di Institusi Pendidikan Bawah KPM Bermula Esok

Tapi parents kena makesure anak-anak sihat sebelum pi sekolah okay! Batuk, selsema baik #stayathome.

Hiburan Mon, 5 Aug 2019
Events Mon, 12 Feb 2018

HERE’S A LIST OF THE AJL32 WINNERS!

The 32nd Anugerah Juara Lagu ended with an overwhelming response from fans and viewers. Did you catch who the winners are? Here’s a list of all of them.

Featured Wed, 12 May 2021

Polis Guna Dron Pantau Pematuhan SOP Hari Raya Di Kawasan Perumahan

Tahun ini merupakan tahun kedua buat seluruh umat Islam  menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan  akan menggunakan dron untuk memantau pematuhan SOP di

Trending Fri, 29 Nov 2019

Wanita Rentung Dijumpai Bawah Jambatan

Selepas di rogol di bakar hingga rentung

Trending Sun, 3 Mar 2019

「防丧尸」房子看起来很普通!但按钮一按下后……

虽然目前丧尸只有出现在电影里或是游戏中,但恐怖的形象已深植人心,国外就有人因此做出一栋能防止丧尸入侵的房子。

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Program Hip Terbaik Bakal Temui Penonton Pada 5 Mac Ini!

Kepada penonton yang terlepas mengikuti rancangan-rancangan menarik di ntv7, anda boleh menyaksikan program hebat ini menerusi portal video rasmi kami hanya tonton.com.my 

LIFESTYLE Wed, 5 Dec 2018

| Live TV