Featured By: Khairil Khusyairi February 19, 2023 @ 2:25pm

Ikat 6 Selebriti, Telan Kos RM2 Juta… Fashion Show Bulan Bintang Raih Pengiktirafan Malaysia Book of Records!

Jenama pakaian terkemuka Bulan Bintang melakar sejarah dengan mengadakan pertunjukan fesyen, yang diberi nama ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ di KL Tower pada 18 Februari, semalam.

Untuk Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, Bulan Bintang menampilkan koleksi Raya Ready To Wear (RTW) sedondon seisi keluarga yang terdiri daripada 68 rekaan dan 326 pilihan warna eksklusif.

Lebih menarik, ‘Bulan Bintang Takes The Sky’ ini turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Shukri Yahaya, Nadhir Nasar, Beto Kusyairy, Hannah Delisha, Daiyan Trisha dan Sharnaaz Ahmad selain daripada persembahan istimewa daripada artis-artis tanah air seperti Dolla, Ernie Zakri dan Syamel.

Menurut pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, jenama itu mahukan sesuatu yang berbeza dalam menampilkan kelainan.

“Apa yang kami lihat adalah demografi, siapa dan berapa pengikut mereka di media sosial, kami mahu menyasarkan pasaran pada tahun ini. Kami ada duta di setiap peringkat umur dan berharap Bulan Bintang dapat memberi impak hebat pada tahun ini,” katanya.

Pada malam yang cukup gemilang itu, Bulan Bintang turut melakar sejarah apabila menjadi satu-satunya jenama lokal Malaysia yang mempersembahkan pertunjukan dron terbanyak sehingga berjaya tersenarai di Malaysia Book of Records.

Cukup gah, Bulan Bintang Takes The Sky ini menelan belanja sebanyak RM2 juta selain mempertontonkan pertunjukan dron yang mempamerkan formasi kisah perjalanan Bulan Bintang sejak awal bertapak.

“Bulan Bintang sudah tampilkan pertunjukan fesyen di tahap yang baru. Pertunjukan dron sebanyak 350 buah dron ini kami mendapat khidmat dari United Kingdom yang sudah membuat persembahan di Piala Dunia FIFA, kejohanan sukan Olimpik Tokyo dan banyak lagi,” jelasnya.

Bulan Bintang Takes The Sky dimeriahkan lagi dengan projection mapping atau juga dikenali sebagai video mapping iaitu teknologi baru yang membawa penonton ke satu dimensi berbeza dan memberikan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Projection mapping di tiang KL tower ini memaparkan gimik dan juga nama-nama jenis koleksi yang dipertontonkan.

Dapatkan koleksi Raya Bulan Bintang 2023 di www.bulanbintanghq.com atau anda juga boleh buat pembelian secara fizikal dengan mengunjungi butik Bulan Bintang di cawangan Bangi, Shah Alam, Ukay Boulevard, Johor Bahru, Kubang Kerian dan Senawang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Dayangku Intan Selamat Jalani Pembedahan Derma Buah Pinggang

Alhamdulillah…Penyanyi malar segar, Dayangku Intan selamat menjalani pembedahan mendermakan buah pinggang kepada suaminya, Rosman Yahil di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Pengurusnya, Rushuhaimin Ab Rahman, berkata pasangan berkenaan sudah keluar daripada bilik pembedahan dan

Trending Tue, 21 Nov 2017

Menteri Kantoi Kencing Tepi Jalan Pada Hari Tandas Sedunia

seorang ahli politik India terkantoi apabila videonya yang sedang membuang air keicl di kawasan awam menjadi viral

Hiburan Wed, 5 Feb 2020
Trending Thu, 9 Jul 2020
Featured Thu, 18 Nov 2021

“Bukan Biasa-biasa” – Netizen Puji Gadis Berani Ambil Lesen Bawa Lori

Orang perempuan ini biasanya dianggap sebagai lemah lembut dan tidak mampu melakukan kerja berat. Namun, ia tidak bermakna mereka tidak berani dan tidak mampu melakukan kerja orang lelaki. Malah, ada juga di antara mereka yang

Hiburan Fri, 19 Apr 2019

‘Ini Ikhtiar Terakhir…’- Pak Ya Mohon Sumbangan Bayar Peguam

Bila kes dah selesai, Pak Ya berjanji akan pulangkan semula wang tersebut.

Hiburan Fri, 15 Mar 2019

Ajak Tolak ‘Lamaran’ Dua Stesen Radio?

Namun begitu, selebriti berusia 33 tahun ini tidak menolak kemungkinan untuk bergelar penyampai radio semula jika mendapat tawaran bersesuaian kelak.

Trending Mon, 10 Dec 2018

Roger Sudah Tiada…Kangaroo ‘Sado’ Ini Pernah Curi Tumpuan Dunia Pada 2015

Roger amat disayangi oleh seluruh penduduk di dunia ini. Walaupun jasadnya sudah tiada, semangat Roger akan sentiasa ada di sini

Trending Tue, 27 Jul 2021

Bisnes Terkesan Kerana Pandemik Tak Jadi Penghalang Untuk Mila Jirin Bantu Orang Ramai

Perniagaan perkahwinan dan kembara umrah yang diusahakan oleh penyanyi Mila Jirin terkesan kerana kehadiran pandemik sejak tahun lalu. Namun begitu, Mila tidak berdiam diri dan berusaha menyelamatkan pekerjanya yang ramai dengan menceburi pelbagai bisnes lain

| Live TV