Featured By: Dharnieya Nur Amelsa January 4, 2023 @ 4:30pm

Intan Najuwa & Keluarga Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Ibadah Umrah – “Setiap Kali Nak Ke Sana, Dia Punya Nervous…”

Pelakon jelita Intan Najuwa selamat berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah Umrah bersama ahli keluarganya, semalam.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram story (IGS), Intan memaklumkan bahawa dirinya sering berasa gementar setiap kali ingin mengerjakan ibadah terbabit.

“Ya Allah, nervousnya. Setiap kali nak ke sana, dia punya nervous tak tahu nak cakap macam mana. May Allah ease everything. I can’t wait to be there,” tulisnya.

Menurut Intan, ini adalah permulaan yang baik untuknya di awal tahun baru dan turut berdoa agar diampuni segala dosa serta sentiasa gembira, tenang dan dihargai dengan orang di sekelilingnya.

“What a good way to start my 2023. May Allah protect and guide us. May Allah forgive us for what we do and don’t do and may He open our eyes and grant us Hidayah, Amin.

“Tak minta banyak. Nak minta hati selalu tenang. Sentiasa happy dengan orang tersayang sampai bila-bila. Orang yang sentiasa appreciate kita.

“Tak nak minta banyak. Minta untuk sentiasa dihargai. Tanpa balasan wang ringgit,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, Intan turut meminta doa daripada pengikutnya agar dipermudahkan segala urusannya dan keluargannya ketika menunaikan ibadah Umrah.

“Saya dan family akan berangkat untuk mengerjakan umrah. Minta doakan semoga semuanya dipermudahkan. Disini kami ingin memohon ampun dan maaf seikhlas hati atas semua salah silap dan halalkan makan minum kami,” akhiri Intan.

Menjengah ke aplikasi TikTok pula, Intan memuat naik sebuah perkongsian yang menunjukkan perjalanannya ke Umrah.

@intannajuwaaaMy 2023 🥹❤️♬ Jannah – Vocals-Only Arabic – Maher Zain

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan pelakon drama Wanita Milik Tuan Putra itu agar mendapat Umrah yang mabrur.

“Tahniah Intan Najuwa menjadi tetamu Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat umrah yang mabrur,” komen salah seorang netizen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 15 Dec 2020
Trending Thu, 12 Apr 2018

Nak Tau Bagaimana Rupa Pemilik Suara Seksi Dalam Iklan Yusuf Taiyoob? Tengok Video Ini

Suara lelaki dan perempuan dalam iklan itu menggoda sungguh, padahal ianya untuk iklan kurma!

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Dah Sampai Seru…Syazwan Zulkifly Bertunang 31 Ogos Ini!

Sudah sampai seru, buat apa perlu tangguh kan?

Featured Sat, 24 Sep 2022

Selepas Dibayar Ribuan Ringgit Untuk ‘Paid Review’, Selebriti Popular Didakwa Mungkir Janji!?

Alamak! Siapa pulak ni? Tapi, dengar kata selebriti tu selalu buka slot ‘paid review’ dekat IG 🤨

Hiburan Mon, 3 Dec 2018
Featured Sat, 23 May 2020
Featured Thu, 24 Aug 2023

“Jumpa Awak Di Alam Lain, Di Situ Tiada Radar” – Sharifah Sakinah Label Nad Zainal Narsistik?

Rasa sedih pula bila tengok rakan rakan selebriti kesal dengan pengakuan Nad zainal 😢

Featured Sun, 17 Apr 2022