“Jangan Klik Link, Itu Adalah Scammer!”- Dr Amalina Bengang, Individu Tak Bertanggungjawab Buat ‘Fake’ Akaun… Minta Pengikut Buat Report Segera!

Pakar bedah Dr Amalina baru-baru ini memaklumkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan namanya dan mencipta akaun sosial media semata-mata untuk tujuan penipuan.

Perkara itu dikongsi Dr Amalina atau nama sebenarnya, Amalina Che Bakri, 34, menerusi hantaran di Instagram Stories (IGS) miliknya pada Rabu.

“Seseorang telah mencipta akaun palsu dengan menggunakan nama saya untuk menipu orang di laman sosial Facebook. Jadi saya minta untuk anda semua report page tersebut dengan segera,”tulisnya.

Sementara itu, Amalina juga memohon agar pengikutnya tidak terpedaya dengan laman sosial yang dicipta kerana ia adalah satu penipuan.

Tambahnya lagi, individu tersebut turut menggunakan foto bersama ibunya, Sabariah Hassan namun foto tersebut difahamkan telah diubahsuai.

Dalam pada itu, Amalina berkongsi, bukan hanya satu tetapi dua akaun palsu telah dicipta menggunakan namanya.

Tegasnya, dia tidak pernah memiliki atau menggunakan laman sosial Facebook sejak dahulu lagi kerana setakat ini dia hanya memiliki akaun Instagram, Twitter dan TikTok sahaja.

“Please note! Saya tidak mempunyai akaun Facebook. Dan hanya ada akaun Instagram, Twitter dan TikTok sahaja tetapi bukan Facebook,” katanya.

Salma Syahbuddin