Kisah Viral By: Fatin Nurain June 12, 2022 @ 2:54pm

Jejaskan Nama Baik… Azri Iskandar Mahu Saman F & Portal Berita

Selepas satu persatu dakwaan ditimbulkan, kini pelakon Azri Iskandar membuat keputusan untuk menyaman wanita yang digelar F dan portal berita yang memfitnah dirinya sehingga menjejaskan nama baiknya.

“Saya tidak pernah ajak dia (wanita F) kahwin. Saya akan saman dia. Saya hanya ajak Azra Diera seorang saja kahwin lepas saya bercerai bukannya perempuan itu.

“Saya akan saman wanita (bernama F) dan portal itu,” kata Azri.

Namun, Azri sempat menjelaskan dia hanya meminta tolong wanita tersebut untuk menghantarnya pulang ke kampung kerana cukai jalan dan lesen memandunya telah tamat tempoh.

“Saya minta tolong dia hantar balik kampung sebab cukai jalan kereta dan lesen memandu saya sudah tamat tempoh selain minta hantar pergi kubur mak saya saja. Bukan kenalkan sebagai calon isteri seperti didakwa. Saya ada saksi tiga orang makcik saya. Mereka tahu saya ada cakap fasal kahwin atau tak,” katanya kepada Harian Metro.

Azri turut menegaskan yang dia hanya mencintai dan ingin berkahwin bersama bakal isterinya, Azra Diera yang dikenalinya sejak 29 Mei yang lalu.

Terdahulu, Azri telah menyelar kenyataan F yang mendakwa dirinya dilamar oleh bekas suami Ellie Suriaty itu selepas dua hari bercerai.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Bekas Kekasih Tampil, Dakwa Ditipu Azri Iskandar… Ada Bukti Perbualan WhatsApp! – “Dia Lamar Lepas 2 Hari Cerai”

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Nak Keruhkan Hubungan Orang Lain!” – Azri Iskandar Selar Kenyataan F, Mahu Cepat Nikah Dengan Azra

Susulan kontroversi yang masih tidak menemui titik noktah itu, Azri kini telah digugurkan dari satu pementasan teater yang bertajuk Tan Sri Elyas yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut Azri, dia didakwa membawa impak buruk pada imej Tan Sri Elyas dan DBKL selaku penganjur.

“Saya juga digugurkan dari pementasan teater Tan Sri Elyas oleh DBKL kerana mereka pun ingat berita fitnah tu betul. Mereka tak tanya saya langsung tapi terus buang,” katanya.

Dalam pada itu, Azri juga menyatakan disebabkan pendedahan wanita itu, ibu kepada kekasihnya, Dr Azra Diera pengsan dan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin.

“Mak Azra pengsan selepas tengok video temubual wanita itu. Sampai sekarang masih ditahan di hospital. Sedangkan mak dan ayah Azra menunggu masa saja saya bawa keluarga berjumpa mereka di Perlis. Mak dan ayah Azra pula sudah berumur 70 tahun lebih,” jelasnya.

Sementara itu, Azri turut mengatakan bahawa Azra tetap mencintai dirinya biarpun pelbagai pendedahan telah dilakukan oleh wanita F itu dan masih akan meneruskan niat mereka untuk berkahwin.

Walaubagaimanapun, anak kepada Azri bersama Ellie, Azrell Omar Iskandar membantah bapanya untuk berkahwin lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Saya Terkejut, Kenapa Kena Tipu?” – Desperate Nak Happy, Anak Bantah Azri Iskandar Kahwin Lagi…Mohon Azra Buat Keputusan Tepat Sebelum Nikahi Bapa

ARTIKEL BERKAITAN: Azri Iskandar Rancang Nikah Bulan Ini, Kenal Bakal Isteri Selepas 12 Hari Cerai – “Saya Nak Move On & Tak Nak Buang Masa..”

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Jasmin Hamid Saman Warganet Yang Hina Anaknya

Mungkinkah selepas ini makin ramai selebriti tampil untuk membuat laporan terhadap salah laku netizen?

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

Sibuk Dengan Karier, Zizi Kirana Akui Bakal Kahwin Lambat Lagi?

Tak kisahlah kawin lambat pun, yang penting berpanjangan ye dak?

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

首部登国家剧院三语舞台剧《最后国土》

配合马来西亚即将迎来61周年国庆,国家剧院首次让一部讲述中国移民的三语舞台剧登场,相信会引起大家的哄动之际,也会让人看到了国家剧院的一番新形象。

Hiburan Wed, 4 Dec 2019

Janna Nick Ingin Ikut Jejak Langkah Ellen?

Semoga tahun 2020 bakal jadi tahun yang lebih sukses buat Janna!

Selebriti Mon, 11 Apr 2022
Trending Sun, 20 Jan 2019

Nama Pada Bayi ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ , Apa Maksudnya?

Janggal, Bayi Baru Lahir Diberi Nama ‘Seviyeli Roumeli Hissar 1453’ Rupanya Bermaksud Ini

Trending Wed, 13 Apr 2022
Featured Tue, 13 Mar 2018

Selamatkan Budak Perempuan Tersepit, Air Mata Fazura Buat Netizen Cair

Nampaknya masih ramai yang belum boleh move on dengan majlis resepsi pasangan Fattah Amin dan Fazura yang berlangsung pada Ahad lalu.

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

’Naik Hantu’ Atas Pentas BBB2019, Izzue Islam Buka Mulut!

Korang tengok tak babak di mana Izzue tiba-tiba turun stage sebab tak puas hati dilempar telur. Mengamuk betul-betul atau…?

| Live TV