Featured By: Aqilah Paharuzi April 11, 2022 @ 12:40pm

“Jeti Tak Padan Dengan Harga”- Netizen Pertikai Kos Pembinaan Jeti Kayu RM50,000, Ini Respons JKR Sarawak

Heboh di ruangan media sosial Twitter mengenai sebuah projek pembinaan jeti di Miri, Sarawak yang dikatakan telah menelan belanja berjumlah RM50,000.

Ciapan tersebut merupakan tangkap layar status Facebook daripada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Miri, Sarawak yang memaparkan perasmian jeti baharu diperbuat daripada kayu di Kampung Mutap.

Difahamkan jeti yang boleh dikatakan ‘premium’ ini adalah untuk menggantikan jeti lama yang telah mengambil tempoh masa hampir sebulan untuk disiapkan iaitu bermula pada 7 Mac 2022 sehingga 1 April 2022.

“Dengan siapnya jeti ini, ia akan memudahkan penduduk Kampung Mutap, Bekenu untuk menjalankan aktiviti harian khususnya ketika berlaku banjir serta air pasang besar kerana penduduk kampung akan menggunakan laluan sungai sebagai laluan alternatif untuk ke Pasar Bekenu,” tulis kenyataan pihak JKR.

Tinjauan di media sosial Twitter mendapati terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan mengenai kos pembinaan jeti tersebut seolah-olah tidak padan dengan hasilnya.

Ramai dalam kalangan mereka yang berkata jambatan ‘premium’ ini dipercayai hanya dibuat sekadar untuk memenuhi syarat sahaja, malah ada juga dalam kalangan mereka yang risau jika banjir besar terjadi jeti tersebut tidak dapat bertahan.

Memetik laporan Berita Harian, pihak JKR Miri menerusi satu kenyataan berkata pelbagai faktor diambil kira untuk menentukan kos pembinaan jeti tersebut antaranya penggunaan kayu belian, kos logistik, keselamatan dan keadaan jalan di kawasan berkenaan.

Difahamkan, pihak JKR pada awalnya bercadang untuk membina jambatan keluli, namun akibat kos yang terlalu tinggi cadangan tersebut terpaksa ditolak dan memilih untuk menggunakan kayu belian yang bernilai RM9,000 semeter.

“Dengan bajet RM50,000, JKR Sarawak berjaya mereka bentuk jeti sepanjang 15 meter dengan dua tangga,” katanya dalam kenyataan.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Sufian Suhaimi ‘Merajuk’ Sampai Ke Jakarta?

Saya rasa perlu keluar dari Malaysia buat sementara waktu ini. Bukan larikan diri tapi nak rasai suasana yang berbeza.

Hiburan Tue, 19 Sep 2023
Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Sharifah Amani Dedah Pengalaman Berlakon?

Ada juga ye yang macam tu?

Featured Mon, 17 Dec 2018

Figura: I Used To Be An Active Student – Sarah Suhairi

Sarah Suhairi tolak tawaran universiti demi perjuangan seni!

Featured Thu, 8 Jun 2023
Trending Mon, 18 Jun 2018

Kes Kelar Anak, Isteri Saya Seorang Ibu Penyayang Sehinggalah…

Saya bersyukur dua lagi anak lelaki berusia tujuh dan lima tahun tidak berada di rumah kerana mengikut datuknya beraya ke Triang. Jika tidak pasti mereka trauma melihat kejadian itu.

Featured Wed, 7 Sep 2022

Jenayah Atau Aib? Peguam Ulas Isu Puteri Balqis – “Kes Boleh Jadi Rumit Sebab…”

Alamak, boleh jadi rumit sebab apa tu? 🤯🥲 Moga semuanya baik baik saja

Hiburan Sun, 30 Jun 2019

Halil Chik Meninggal Dunia

Al-Fatihah…semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

error: Content is protected !!