Featured By: Aqilah Paharuzi April 20, 2022 @ 9:41pm

#JusticeForBella: Laporan Perubatan Tiada Bukti Bella Dipaksa Makan 1,280 Cili Padi, Peguambela Siti Bainun Dakwa Saksi Ke-5 Dibayar Untuk Palsukan Keterangan

Susulan prosiding mahkamah mengenai kes penderaan melibatkan mangsa remaja sindrom down, Bella dan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali hari ini mendedahkan peguambela tertuduh mendakwa saksi kelima kes berkenaan memberi keterangan palsu.

Terdahulu, saksi kelima, Yasmin Nahar Mahmood,19 melaporkan Bella diberi makan 1,280 biji cili padi kini didakwa sebagai pembohongan tersebesar oleh peguambela Siti Bainun, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor.

Menurut peguambela, dakwaan tersebut tidak benar kerana tiada laporan perubatan daripada doktor yang menunjukkan Bella diberi makan cili sehingga mengalami kecederaan dalaman.

Peguam: Yasmin saya cadangkan, tahu tak kalau makan cili hari-hari boleh sebabkan tisu inflation. Tahu tak? Dan boleh menyebabkan perut rosak. Juga boleh buat heart burn?

Saksi: Tidak tahu.

Peguam: Tak ada satu doktor pun yang telah memberikan keterangan atau laporan perubatan yang diserahkan kepada pihak pembelaan Bella ada kerosakan perut atau heart burn? Setuju tak?

Saksi: Tak tahu

Peguam: Sebab perkara ini tak pernah terjadi Yasmin.

Dalam pada itu, peguambela Aminahtul turut  memaklumkan saksi kelima, Yasmin dan ayahnya telah ‘dibayar’ oleh kumpulan #justiceforbella untuk memberi maklumat palsu.

Hal ini demikian kerana ada segelintir pihak yang memberitahu kepada peguambela Siti Bainun yang melihat kumpulan #justiceforbella bertindak untuk memberikan wang di luar kompleks Mahkamah Jalan Duta Jumaat lalu.

“Yasmin juga beri keterangan palsu kerana Yasmin dan ayah Yasmin dibayar seperti mana disaksikan oleh beberapa individu pada Jumaat di luar mahkamah ini, wang daripada team justice for bella diberikan kepada ayah Yasmin, setuju?” tanya Nur Aminahtul Mardiah di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

Bagaimanapun, saksi kelima, Yasmin menafikan dakwaan tersebut yang dilemparkan oleh Nur Aminahtul Mardiah.

Tertuduh Siti Bainun, 30, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi melampau.

Bainun didakwa melakukan perbuatan di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan Jun 2021. Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian/Malaysia Gazette

Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Jan 2020
Trending Mon, 7 Dec 2020
Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Kalau Tak Tahu Cerita, Lebih Baik Diam!

Cuba letak diri anda di tempat saya. Apa yang anda rasa? Lagi pula, suami saya mengaku bersalah atas nasihat peguam, kata Salma.

Acara Tue, 2 Apr 2019
Trending Mon, 26 Aug 2019
Trending Wed, 3 Mar 2021
Featured Tue, 27 Mar 2018

Resepi Jagung Cheese Ala Korea Ini Gerenti Buat Anda Menjilat Jari!

Anda suka tak makan jagung? Biasanya, paling mudah jagung mentah yang dibeli mesti anda akan rebus sahaja dan ditambah dengan sedikit garam.

Hiburan Sat, 21 Sep 2019
Featured Wed, 7 Aug 2019

| Live TV