Events By: Salma Syahbuddin April 18, 2022 @ 4:06pm

#JusticeForBella: Rina Harun Sedia Menghadap TMJ

Sejak kes perbicaraan terhadap pengabaian dan penderaan adik Bella mendapat respon daripada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim,  ramai pihak turut mendesak agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun tampil memberi kenyataan berhubung isu terbabit.

Justeru itu,  KPWKM memaklumkan bahawa pihaknya sedia bekerjasama dengan peguam Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi membantu kes prosiding penderaan tersebut.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Rina Harun menerusi hantaran di Instagram miliknya, niat murni Tunku Ismail yang menawarkan peguam percuma untuk menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian berhubung kes penderaan Bella,13, amat membantu bagi menegakkan keadilan kepada remaja terbabit.

“Kementerian menyambut baik pelawaan ini dan akan bekerjasama rapat dengan pihak peguam yang dititahkan Tuanku (Tunku Ismail).

“Sesungguhnya patik amat terharu dengan keprihatinan dizahirkan Tuanku dan Che Puan Besar (Khaleeda Bustamam) yang sama-sama mengikuti perkembangan kes perbicaraan ini,” katanya.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rina Mohd Harun (@rinaharunofficial)

 

Tegasnya, beliau dan pihak kementerian bersedia menghadap Tunku Ismail dan isterinya, Che Puan Khaleeda bagi mempersembahkan status kes perbicaraan Bella serta tindakan susulan pihaknya dalam membantu perbicaraan kes terbabit.

“Buat seluruh Keluarga Malaysia dalam bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita terus memanjatkan doa semoga urusan perbicaraan kes penderaan adik Bella dipermudahkan dan kebenaran serta keadilan dapat dibuktikan di akhir perbicaraan kelak,” jelasnya.

Terdahulu, Tunku Ismail menerusi perkongsian di Instagram miliknya memaklumkan, sudah menghubungi peguamnya dan akan berhubung dengan menteri KPWKM bagi menawarkan perkhidmatan peguam secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati berhubung kes penderaan Bella.

Titah dikeluarkan oleh Tunku Ismail beberapa jam selepas isterinya, Che Puan Khaleeda berkongsi pendiriannya di laman sama pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Muak Dan Bosan Dengan Pengecut Ini!’- Che Puan Khaleeda Tampil Pertahan #JusticeForBella

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella: TMJ Perjuang Nasib Bella, Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma – “Saya Telah Berhubung & Berbincang Dengan…”

ARTIKEL BERKAITAN:#JusticeForBella: Petisyen Desak Menteri Tamatkan Khidmat Syed Azmi

ARTIKEL BERKAITAN:Tarik Langsir Hingga Besi Tercabut Punca Utama Siti Bainun Bengang, Paksa Makan Nasi Seperiuk Dan Ayam Goreng Busuk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Dec 2019

Kapal Kargo Yang Membawa 879 Tan Barang ”Sale” 11.11 Dipercayai Karam?

Kalau betul kesian pada pembeli-pembeli yang setia menunggu barang sale sampai!

Hiburan Mon, 15 Apr 2019

Sejak Makan Jamu, Ezlynn Mengaku Jarang Emo?

Saya dapat rasakan badan saya lebih ringan, tidak cepat penat dan paling penting saya kurang ‘moody’.

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

Tujuh Tahun Bersama, Forteen Terkejut Dengan Tindakan Izzue Islam

Kami akan bergerak bertiga… Sebelum ini, kami memang bertiga dan tak mustahil akan tambah ahli di masa depan…

Events Sat, 31 Aug 2019

Mad August八周年演唱会!刘力扬摇滚助阵首唱跨国合作单曲

大马摇滚乐团Mad August出道8周年首办『FIGHTER 』演唱会,化身摇滚战士为本地摇滚音乐不死而战,邀得中国原创女歌手刘力扬前来助阵,奋力演出让现场粉丝『敢。动』嗨翻。

Events Fri, 11 Jan 2019

Rent a Boyfriend from Lazada this CNY to Shut those Nosy Aunties Up

Pick from hotties like Dennis Yin, Joseph Lee, Nigel Chin and more!

Featured Fri, 22 May 2020
Trending Tue, 10 Dec 2019

| Live TV

error: Content is protected !!