Featured By: Aqilah Paharuzi April 15, 2022 @ 6:02pm

#JusticeForBella: “Siap Buat Peace & Mini Love” – Foto Barisan Peguam Dengan Siti Bainun Dikecam Netizen

Umum mengetahui, kes penderaan yang melibatkan seorang remaja perempuan sindrom down dikenali sebagai Bella mendapat perhatian wargamaya yang mengikuti dan menantikan perkembangan mengenai kes tersebut setiap hari.

Bella didakwa telah didera oleh pengasas rumah kebajikan Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali.

Perbicaraan kes yang sedang berlangsung ketika ini memperlihatkan banyak maklumat baru dilaporkan antara tertuduh, Siti Bainun dan mangsa, Bella yang berumur 13 tahun itu demi menuntut keadilan sewajarnya.

Pada Khamis, Mahkamah Seksyen melaporkan Bella didera selama empat bulan bermula dari Mac 2021 hingga Jun 2021 dan pada hari ini kenyataan Bella dipaksa makan 80 cili padi seminggu telah mengundang amarah wargamaya.

Baru-baru ini, salah seorang peguam yang mewakili Siti Bainun yang dikenali sebagai Hafidzah Hassan berkongsi laporan ‘cross examination’ (transkrip soal balas) antara saksi pendakwaan kelima dimuat naik di akaun Twitter miliknya.

Ciapan tersebut bagaimanapun telah menarik perhatian wargamaya dan mengundang rasa tidak senang mereka yang lebih tertumpu kepada sekeping gambar yang memaparkan Siti Bainun dikelilingi barisan penguamnya.

Reaksi ciapan tersebut dibanjiri dengan komen negatif wargamaya yang tidak berpuas hati.

Malah, ramai dalam kalangan mereka mengecam beberapa peguam Bainun yang bergambar dengan menunjukkan simbol ‘peace’ dan ‘mini love’ yang tidak kena dengan situasi.

Tidak ketinggalan, aktres terkenal Izara Aishah turut memberikan komen menerusi Twitter mengenai situasi terbabit.

.

Apapun, mereka hanya peguam yang perlu menjalankan tanggungjawab dalam mempertahankan anak guam, sejajar dengan anggapan tidak bersalah (presumption of innocence).

Artikel Berkaitan: #JusticeForBella: Dipaksa Makan 1,280 Cili Padi, Tak Dibenarkan Minum Air… Netizen Sebak – “Mana Letaknya Perikemanusiaan!”

Artikel Berkaitan: “Bella Beritahu Saya Dia Dicili, Dijirus Air Panas & Diikat” – Saksi Pertama #JusticeForBella

Artikel Berkaitan: Dipaksa Makan Najis Sendiri, Disimbah Air Panas 5 Kali Sehari… Ini Update Terbaharu Mengenai #JusticeForBella

Artikel Berkaitan: #JusticeForBella: Saksi Ke-5 Dedah Bella Didera Setiap Malam Pada Setiap Hari Selama 4 Bulan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 14 Sep 2022
Featured Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Trending Mon, 22 Aug 2022

“Itu Perkara Normal” – 15 Tahun Dalam Industri, Yuna Lali Dikecam

Nama Yuna memang tidak asing lagi dalam dunia seni, bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara penyanyi berusia 35 tahun itu sering menjadi tumpuan peminat. Memetik laporan mStar penyanyi yang berpangkalan di Amerika Syarikat […]

Events Thu, 23 May 2019

‘Check In Kampung’ With Media Prima And Samsung Galaxy Squad A

Guys, don’t forget to  spread good deeds in the holy month of Ramadhan with Samsung Squad A

Featured Wed, 20 Jun 2018

Kalau Nak Beg Kulit Anda Sentiasa Nampak Baharu, Lakukan Teknik Pembersihan Ini!

Bersihkan dan cuci beg tangan kulit anda untuk sentiasa nampak cantik dan macam baharu lepas beli!

Featured Mon, 19 Feb 2024
Hiburan Thu, 21 Mar 2024