Kisah Viral By: Padin March 26, 2022 @ 3:00pm

Kak Long Mohon Maaf! Sedih Sampai Kering Air Mata, Depresi Diboikot – “Takkan Korang Nak Dia Terj*n Bangunan Baru Puas Hati?”

Selepas terpalit dengan isu-isu panas yang tidak berkesudahan, Wan Noor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E tampil memohon maaf sekali lagi selepas akaun media sosial miliknya dinyahaktifkan.

Dengan penuh rasa hiba, Kak Long memohon agar orang ramai tidak memboikot dirinya menerusi sesi siaran langsung di laman TikTok milik @sagittarius_women.

Video siaran langsung terbabit turut dikongsikan oleh wargamaya di laman Twitter.

“Maafkan Kak Long, jangan boikot Kak Long. Kak Long ada anak kecil, nak tanggung anak sekolah, nak kena bayar yuran. Nak kena belajar hari-hari cari duit makan.

“Suami saya tak boleh bekerja dah sebab tak sihat, dia ada di hospital. Minta maaf semua.

“Saya pernah terfikir (nak terjun) sebab saya pernah duduk di hotel tinggi. Kalau saya tak ada anak…,” katanya.

Mahu diberikan peluang dan ruang untuk kemaafan, Kak Long tidak menyimpan dendam dengan netizen.

“Tapi Kak Long tak marah netizen semua, Kak Long tahu itu kesilapan Kak Long dan nak berkawan dengan semua.

“Bagi Kak Long peluang biar boleh ubah hidup Kak Long. Saya akan ajar anak lebih baik. Lepas berlaku benda ni, mereka nampak saya nangis, mereka janji nak buat perangai molek.

“Tolong bagi peluang keluarga Kak Long. Saya buat permohonan maaf walau saya silap atau tak buat silap. Ini melibatkan maruah keluarga saya.

“Walaupun saya dibesarkan di pasar malam, tak semua orang pasar malam perangai macam saya. Dalam ramai-ramai tu saya seorang je. Kesilapan tu dari saya je. Saya nak minta tolong bagi peluang kepada saya.

“Nak pergi mana-mana semua orang pandang buruk! Saya janji demi Allah saya takkan buat walau saya salah atau betul saya takkan ulangi lagi. Takkan marah, maki hamun orang atau panggil kata-kata buruk,” katanya.

Dalam sesi siaran langsung yang sama, seorang jejaka dan seorang lagi wanita turut tampil bersama menemaninya dan menjelaskan situasi sebenar yang dihadapi oleh Kak Long.

“Ini orang Islam dan saya bukan sesiapa. Takkan korang nak dia terjun bangunan baru puas hati?

“Ini buli siber, tolong berhenti. Saya kasihan dia tak boleh nak cari makan, tak boleh berniaga, tak boleh buat reviu.

“Dia pergi pasar malam orang marah-marah tak bagi berniaga. Empat hari ni dia sampai dah kering air mata, setiap kali cerita dia menangis.

“Kak Long sampai depresi, sampai makan ubat. Kita dah cakap, Kak Long ni bagus. Stop jadi batu api. Saya minta semua berhenti,” rayunya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Netizen Terpukau Dengan Aksi Roller Skating Eizlan Yusof

Fuhhh powernya! Ni kalau min ni mahu tergolek je..

Featured Wed, 4 Jan 2023

Isma Sane Lebih ‘Feel’ Bawa Derita Versi Piano & String

Versi piano dan string ni lagi sedih min dengar

Trending Mon, 2 Sep 2019

Hanya Kerana Lahir Bayi Dalam Kapal Terbang, Boleh Terkandas?

Jadi jika ingin bercuti kenalah ambil langkah berjaga-jaga