Kisah Viral By: Maya Basir August 8, 2022 @ 3:12pm

“Kalau Saya Mungkin Akan Berhenti Dulu” – Siti Nurhaliza Akui Ning Baizura Kuat Semangat

Penyanyi terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui kotak suara seseorang penyanyi boleh terganggu jika membuat persembahan untuk empat hari berturut-turut.

Lebih-lebih lagi, jika seseorang penyanyi itu bermain dengan emosi, mungkin persembahan tidak dapat diteruskan kerana gagal mengawal perasaan.

Memetik laporan Utusan, Siti memberikan pandangannya tentang nyanyian Ning Baizura yang tular menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu sehingga mendapat kecaman teruk netizen.

“Merujuk kepada apa yang tular melibatkan Kak Ning Baizura, sebagai seorang penyanyi kadang-kadang kita gunakan semua tenaga vokal. Untuk empat malam, saya akui ada waktu kotak suara akan terganggu. Tak mustahil perkara itu boleh berlaku.

“Kita sedia maklum, emosi Kak Ning malam itu cukup berat. Kalau saya sendiri, mungkin akan berhenti dan rileks dulu. Kak Ning teruskan persembahan, dia memang kuat semangat,” katanya.

Pada masa sama, rakan-rakan artis lain seperti Datuk Hattan, Ramlah Ram dan Datuk Ramli MS turut mempertahankan penyanyi bersuara soprano itu.

Tambah penyanyi lagu Bukan Cinta Biasa, dia sempat menitipkan pesanan buat rakan artis supaya tidak terlalu melayan kecaman segelintir netizen di media sosial.

“Sekarang teknologi makin canggih, kekurangan itu orang akan senang nampak. Mereka senang meletakkan sesuatu anggapan tanpa tahu kesusahan dan kesukaran seseorang. Nyanyi tiga hingga empat malam, bukan senang.

“Kak Ning rileks ya. Jangan layan sangat. Kita tahu apa yang kita usahakan,” katanya.

Sumber: Utusan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Jaga-Jaga Dengan Akaun Palsu Anuar Zain

Assalamualaikum dan hello semua. Pihak kami ingin memaklumkan bahawa akaun anuarzainprivatenetwork adalah akaun IG palsu.

Trending Fri, 5 Oct 2018
Hiburan Sun, 2 Sep 2018

Elfira Loy Dikhabarkan Bertunang, Ini Komen Sufian Suhaimi…

Gambar pertunangan Elfira bersama seorang jejaka menjadi bualan ramai sejak beberapa jam lalu.

Hiburan Sun, 19 Jan 2020
Hiburan Tue, 11 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Hannah Delisha dan Aiman Hakim Bertemu Dalam Cruise Cinta Lebaran

Bila Hannah Delisha dan Aiman Hakim bertemu di dalam cruise ala Titanic..

Trending Mon, 18 Feb 2019

‘Mak Esah’ Misha Omar akhirnya minta maaf! 

Misha difitnah netizen menggunakan sihir pada malam Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL 33).

Trending Mon, 4 Dec 2017

Majikan WhatsApp lepas waktu kerja beri tekanan?

Pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.

Trending Tue, 27 Jul 2021

“Single Ini 5 Kali Bertukar Versi” – Fattah Amin Ambil Masa Setahun Siapkan Lagu Hamba

Pelakon dan penyanyi Fattah Amin kini muncul dengan single terbaharu berjudul Hamba bersama penyanyi rap Kmy Kmo. Mengambil masa setahun untuk menyiapkan karya ini, Fattah juga tidak berkesempatan bertemu dengan Kmy kerana kekangan Perintah Kawalan

| Live TV