Figura By: Khairil Khusyairi June 14, 2024 @ 8:30pm

Fatimah Ditidurkan, Keluarga Mohon Doa Kesemua Lima Prosedur Dipermudahkan Tanpa Sebarang Komplikasi 

The Family UK berkongsi keadaan terkini Fatimah.

Memasuki hari ke 47, Fatimah atau nama lengkapnya Fatimah Omar Mukhlis, 10, difahamkan akan menjalani lima prosedur hari ini.

“Day 47 back in the hospital…Fatimah berpuasa sejak malam tadi sebab dia telah dimasukkan ke dalam senarai kecemasan untuk menjalani 5 prosedur lagi hari ini.

“Unilateral Bone Marrow Aspiration and Trephine Biopsy, Lumbar Puncture, Inguinal Lymph Node Biopsy, Second Incisional Skin Biopsy from one of her lumps.

“Sekarang di UK pukul 11 ​​pagi, Fatimah telah ditidurkan dan sudah berada di dewan bedah untuk 5 prosedurnya,” tulis The Family UK di Instagram.

Sehubungan dengan itu, ‘The Family UK’ memohon semua terus mendoakan kesihatan Fatimah dan kesemua prosedur tersebut berjalan lancar.

“Di hari Jumaat yang mulia ini, kami sekeluarga dengan penuh rendah diri dan pengharapan, ingin memohon jasabaik anda semua agar sudi untuk terus mendoakan kesayangan kami, Fatimah binti Omar Mukhlis.

“Semoga Allah permudahkan kesemua 5 procedure Fatimah hari ini tanpa sebarang komplikasi.

“Terima kasih pada semua yang tak putus bertanya khabar serta tulus mendoakan Fatimah. Terima kasih pada semua yang tak pernah kenal erti lelah untuk terus solat hajat buat Fatimah.

“Terima kasih pada semua yang ikhlas bersedekah di atas nama Fatimah. Terima kasih juga pada semua yang sudi melapangkan masa, mengambil kesempatan keberadaan di tanah suci Makkah untuk melakukan tawaf khusus buat Fatimah.

“Semoga Allah kurniakan pahala yang berlipat kali ganda atas keikhlasan anda semua. Dan semoga berkat doa ramai di bulan Zulhijjah ini, Allah kurniakan keajaiban buat Fatimah,” coretnya lagi.

Terdahulu, Fatimah mendapat perhatian ramai apabila kondisi kesihatannya cetus tanda tanya apabila banyak berkongsikan momen di hospital.

Untuk info, ‘The Family UK’ mula dikenali apabila tiga beradik iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali sering membuat video dalam loghat Kelantan.

Malah, tiga beradik tersebut amat rapat dengan bapa saudara mereka yang juga Cef Selebriti, Allahyarham Adam Idam atau Muhammad Adam Mahamed Ismail.

Adam menghembuskan nafas terakhir pada usia 29 tahun akibat jangkitan paru-paru.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga Akan Kongsi Penyakit Fatimah ‘The Family UK’ Selepas Biopsi Selesai – “Kami Kena Jaga Emosinya” 

ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan Fatimah ‘The Family UK’ Makin Lemah Walaupun Pendarahan Sudah Berhenti 

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 27 Jan 2023

Bantu Orang Kurang Siuman, Wak Doyok Confuse Nama Dikenali

Ikon fesyen dan pelakon, Wak Doyok menceritakan pengalaman memberi sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan.   View this post on Instagram   A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) Menerusi hantaran Wak di laman Instagram, […]

Trending Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Wed, 21 Mar 2018

Ini Reaksi Siti Nurhaliza Pertama Kali Bergelar Ibu

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pastinya sekarang ini sedang menikmati saat bahagia bersama bayi comelnya yang diberikan nama sementara sebagai Fatimah Az-Zahra

Hiburan Sat, 29 Jul 2023

Ernie Zakri Persoalkan Sikap Segelintir Pihak Suka Komen Menyakiti Hati Orang Lain – “Rasa Gempak Ke?”

Kalau tak mampu berkata yang baik baik, diam lagi bagus kan 😌 Hm sian Kak Ninie 💓🤗

Featured Sun, 4 Sep 2022
Featured Tue, 17 May 2022

“Tak Mampu Jangan Ajak!” – Gadis Perlekeh Lelaki Bawa Dating Di Drive-Thru

Masing-masing ada citarasa tersendiri tapi jangan sampai perlekeh orang lain… Kalau korang first date nak keluar makan dekat mana?

Trending Wed, 27 Jun 2018