Drama By: Dharnieya Nur Amelsa December 31, 2022 @ 4:18pm

Kerana Cinta Itu Ada Tampil Gandingan Mantap Aedy Ashraf & Nabila Razali

Hanya kerana dengki dan iri hati, Nabila Aulia berdepan dengan pelbagai ujian sehingga mahligai perkahwinannya digadaikan.

Apabila kebenaran itu timbul, masihkah ada peluang bagi Nabila Aulia dan Tengku Aisy untuk kembali menemui sinar bahagia?

Saksikan Kerana Cinta Itu Ada, drama bersiri baharu gandingan mantap oleh Aedy Ashraf dan Nabila Razali yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3 bermula 28 Disember 2022 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my

Drama bersiri 28 episod terbitan Global Station Sdn Bhd diinspirasikan daripada novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea.

Diarahkan oleh Azri Izhar dan penghasilan skrip oleh Sophilea dan Zarihah Hassan, ia menampilkan barisan pelakon popular seperti Aedy Ashraf, Nabila Razali, Puteri Khareeza, Alvin Chong, Syazuwan Hassan, Raden Zaharatul, Anas Ridzuan, Emelda Rosemila, Edika Yusof, Mas Anizan, Dian P Ramlee, dan ramai lagi.

Pertemuan Nabila Aulia ataupun Bella (Nabila Razali) dan Tengku Aisy Mateen (Aedy Ashraf) dimulakan dengan insiden pergaduhan kerana berebut bunga lily di kedai bunga.

Kemudian, Bella berhenti kerja di sebuah hotel dan pulang ke kampungnya.

Tengku Aisy mengambil keputusan untuk mengambil alih hotel milik bapanya setelah terdengar perbualan Zhafran (Syazuwan Hassan) dan ibu tirinya, Tengku Lydia (Emelda Rosemila) yang ingin membolot semua saham hotel bapanya.

Keputusan ini telah membawa kepada pertemuan semula Aisy dan Bella yang kini menguruskan resort milik keluarganya di kampung, Vila Paksina.

Zhafran memperkenalkan Dahlia (Puteri Khareeza) kepada ibu angkatnya, Tengku Lydia tapi Dahlia dihina oleh Tengku Lydia.

Zhafran yang terpengaruh dengan kata-kata Tengku Lydia mula mengejar cinta Bella dan meninggalkan Dahlia.

Kedatangan Tengku Aisy telah menarik perhatian Dahlia. Dahlia cuba memikat Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy telah melamar Bella sebagai isterinya.

Dahlia semakin membenci Bella tetapi dia masih berbuat baik dengan Bella demi kepentingannya.

Menjelang hari pernikahan, Bella difitnah mempunyai hubungan dengan Rayyan (Alvin Chong).

Oleh kerana trauma dengan kecurangan bekas tunang, Aisy terus menghukum Bella tanpa berfikir secara rasional.

Aisy mahu memutuskan pertunangan tetapi Bella merayu Aisy untuk hadir ke majlis pernikahan demi maruah ibu bapanya. Aisy bersetuju dengan mengenakan syarat pada Bella.

Aisy menyakiti hati Bella dengan tindakan memilih Dahlia. Bella semakin terluka melihat Aisy dan Dahlia.

Bella nekad sambung belajar dan meninggalkan surat untuk Aisy melepaskannya. Setelah beberapa tahun, Bella pulang ke Malaysia dan terkejut bahawa dia masih isteri yang sah kepada Aisy.

Masihkah ada peluang untuk Aisy membetulkan kesilapannya? Dapatkah Bella menerima Aisy kembali sebagai suaminya? Apakah yang terjadi kepada Dahlia yang sanggup mengkhianati sahabat baik demi kepentingan diri?

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Kerana Cinta Itu Ada menerusi slot Akasia mulai 28 Disember 2022 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my Slot Akasia akan bersiaran pada setiap hari, pukul 7.00 malam bermula 2 Januari 2023.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 2 Dec 2019
Featured Wed, 6 Mar 2019

Cinta pasangan China-Malaysia ini berputik melalui laman Friendster, bacalah kisah romantik mereka!

Mereka bertuah kerana bukan semua hubungan cinta atas talian berkekalan.

Hiburan Thu, 3 May 2018

Sangkal Gosip, Mana Ada Ustaz Don Kahwin Dua!

Tambah Ustaz Don, beliau secara jujur memberitahu ini pertama kali dia mendengar gosip isu poligami melibatkan dirinya.

Trending Fri, 24 Jan 2020

Disneyland Shanghai ditutup bermula 25 Januari

Kena tunggu dah ok baru cuti-cuti ya

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Kaka Azraff Akui Tertekan

Penyanyi dan pelakon, Kaka Azraff akui tertekan apabila melihat teman-teman rapatnya sudah mendirikan rumah tangga………

Trending Hari Ini Tue, 10 Apr 2018

Tiada Ibu Yang Sempurna, Hanya Ibu Yang Sejati – Lady’s Choice

Objektif utama kempen ini adalah untuk membawa mesej “tiada ibu yang sempurna, hanya ibu yang sejati.” Lady’s Choice menegaskan bahawa kasih ibu sejati adalah ibu penyayang tanpa batasan. 

Hiburan Sun, 26 May 2019

Dah Jumpa Calon Isteri, Along Cham Sedia Akhiri Zaman Duda

Semoga semuanya berjalan lancar, tahniah Along!

Trending Thu, 27 Aug 2020

Nilai moratorium RM74.3 bilion setakat 14 Ogos

Buat mereka yang ingin memohon moratorium.

| Live TV