Kisah Viral By: Dharnieya Nur Amelsa November 10, 2022 @ 4:53pm

Kesal Isu Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Ditutup Selama 7 Hari, Menteri Pengangkutan Jelas Perkara Sebenar

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong meluahkan rasa kesal dan kecewa ekoran penutupan Laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya selama tujuh hari bermula pagi Rabu, 9 November 2022.

Beliau memohon maaf kepada orang ramai atas kesulitan yang berlaku akibat penutupan LRT Laluan Kelana Jaya selama tujuh hari dan turut meminta Prasarana Malaysia Bhd untuk mengemas kini orang ramai secara berkala untuk memberikan maklumat.

Walaubagaimanapun, dia tegas dengan keputusan penutupan LRT Laluan Kelana Jaya itu bagi mengutamakan keselamatan pengguna dan tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Walaupun Prasarana di bawah Kementerian Kewangan namun pihak Kementerian Pengangukutan amat mengambil berat tentang keselamatan orang awam dan ia menjadi satu keutamaan untuk mengelakkan sesuatu insiden yang tidak diingini daripada berlaku,” katanya.

Tambahnya, beliau masih cuba mengenal pasti punca masalah yang menyebabkan kerosakan pada sistem isyarat sehingga mengakibatkan pelanggaran tren.

“Saya tidak mahu kita mengalami kemalangan kereta api sekali lagi,” katanya lagi.

Susulan itu, pakar dari Istanbul, Toronto dan juga Thales turut akan bekerjasama untuk membantu menyelesaikan masalah berkenaan dengan sistem kawalan kereta api automatik ini.

 

Sumber: The Edge Markets, OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Sep 2019
Hiburan Mon, 13 May 2019

Boleh Tengok Macam-Macam Ragam, Abam Seronok Berniaga Di Bazar Ramadan

Sebenarnya sebelum menjadi anak seni saya memang pernah berniaga. Saya tiada masalah menggoreng mi di bazar kerana memang puas hati.

Hiburan Thu, 16 Jan 2020
Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Pasangan Selebriti Terkenal Indonesie SAH Bercerai Hari Ini

Gading dan Gisel bernikah pada 15 November 2013 di Bali dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Gempita Noura Marten.

Featured Fri, 19 Aug 2022

“Risau Adik Nak Bersalin, Tapi Dia Yang Pergi Dulu…” – Abang Uyaina Arshad Meninggal Dunia Di Hari Ulang Tahun Ibu Tersayang

Innalillahiwainnalillahirojiun.. Al-fatihah, semoga roh allahyarham berada dalam kalangan orang beriman. Salam Takziah Uyaina sekeluarga

Hiburan Thu, 30 Aug 2018

Tahniah! Antara Momen Indah Sharnaaz Ahmad Dan Noornabila Bersama Baby J

Pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noornabila akhirnya menerima zuriat sempena ulangtahun ke- 33 Sharnaaz. 

Hiburan Mon, 30 Jul 2018

Watak Lum ‘Ringankan’ Filem Yang Berat

Alvin Wong menghidupkan watak Lum dengan menjadikannya sebagai seorang yang kelakar, positif dan bersemangat. Macam dirinya juga!

Featured Wed, 10 Mar 2021

Peminat Dakwa Nampak Baby Bump, Elfira Loy Dikhabarkan Hamil Anak Kedua?

Dengar kata, Rayyan bakal dapat adik.. Betul ke?

Featured Thu, 19 Aug 2021

Dibenarkan Dine In Di Semua Negeri Mulai Esok Bagi Individu Lengkap Vaksin

Individu lengkap dos suntikan vaksin Covid-19 di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini dibenarkan menikmati hidangan di restoran dan kedai makan mulai esok. Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebenaran itu

| Live TV