familuv By: Dharnieya Nur Amelsa December 28, 2022 @ 7:14pm

Kongsi Pengalaman Bercuti Tanpa Pembantu… Awal Ashaari Belajar Sabar, Rasa Lebih Dekat Dengan Anak

Pengacara Awal Ashaari berkongsi pengalaman menjaga dua orang anak perempuannya tanpa pembantu ketika sedang bercuti di London.

Menerusi hantaran di Instagram, Awal menceritakan kehidupan tanpa pembantu telah mengajarnya erti kesabaran dan turut membuatkan dirinya lebih dekat dengan anak-anak.

“Being away without Nanny banyak mengajar Awal tentang kesabaran dan mendekatkan saya dengan anak-anak.

“Baru tau peel anak-anak kita, macam mana nak jaga mood dia orang, nak pastikan semua terjaga dan yang penting sekali, to put them first before our own needs,” tulisnya.

Awal turut mendedahkan dia tidak dapat meneroka banyak tempat malah berjumpa dengan rakan-rakan memandangkan anak-anaknya sudah kelihatan letih dan penat menjelang jam 5 petang.

Walaubagaimanapun, bekas pengacara Melodi TV3 ini tidak merungut dan bersyukur kerana itu yang membantunya untuk lebih rapat dengan anak-anak.

“Kalau ikutkan banyak tempat nak explore, banyak restoran nak try banyak kawan-kawan nak jumpa and nak keluar malam, but we can’t do it on this trip. Pukul 5 pm je semua dah letih and ngantuk nak balik rumah rehat.

“But we are not complaining, in fact, I feel closer to them like never before,” ujarnya.

Menurut Awal lagi, dia akan membawa ‘stroller’ dan ‘carrier’ memandangkan ada sesetengah tempat yang sukar untuk menggunakan strollers dan anak perempuan keduanya, Lila tidak suka duduk lama di dalam stroller.

Bukan itu sahaja, Awal turut berkongsi barang-barang yang diperlukan ketika melancong bersama anak-anak kepada pengikutnya seperti susu, air panas, jaket, topi, diaper dan sebagainya bagi persediaan awal.

“We choose to have both stroller and carrier sebab some place susah nak guna strollers and Lila cepat bosan kalau duduk lama-lama dalam stroller, so bila carry Awal boleh borak and nyanyi dengan dia, walaupun dekat pinggang Tuhan je tau macam mana jalan jauh bawa anak 17 kg berjam jam,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Awal Ashaari ® (@awalashaari)

Meninjau ke ruangan komen,  rata-rata rakan artis dan warganet memahami situasi Awal dan turut bersetuju yang bercuti dengan anak-anak bukan perkara mudah.

“You’re doing great Awal, travelling with kids can be challenging especially without a helper but like you said, it brings you closer. Tapi faham sangat la part 5 pm semua nak balik sebab sleepy. I’ve been there. Sudahnya mommy daddy end up dipping nachos while watching TV haha.

“Travel with kids bukan senang. Tapi sangat-sangat memorable. Always put them first, lagi-lagi bab makan. Biarpun kita tengah lapar nak mati,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 Oct 2022
Trending Mon, 2 Mar 2020

[VIRAL] Tak Pernah Lagi Orang Tengok Anak Kena Denda Disuruh Gelek!

Ibu muatnaik video anak disuruh gelek menjadi tular di laman media sosial sebab cuteness overload.

Events Mon, 6 Jun 2022

Pernah Menempa Nama Sebagai Penyanyi, Dunia Seni Hanya Minat Bagi Erna Elliyana

Usahawan Erna Elliyana Rosli, 33, yang sebelum ini pernah terlibat dalam dunia seni sebelum memberi fokus penuh terhadap dunia perniagaan mengakui hatinya masih tertutup untuk kembali memeriahkan bidang nyanyian dan lakonan. Bagaimanapun Erna berkata, sekiranya […]

Featured Thu, 15 Sep 2022

Aidil Aziz Tiada Masalah Fasha Sandha Berlakon Adegan Panas – “Di Luar Set, Tiada Siapa Boleh Sentuh Dia” 

Aidil akui cemburu Fasha berlakon adegan panas dengan aktor lain, namun dia gembira diberi peluang untuk berlakon bersama isteri tersayang 🥰

Featured Tue, 1 Mar 2022

Bank Malaysia Tingkatkan Pinjaman Sehingga 6.0 Peratus Tahun Ini

Pinjaman diunjurkan akan terus meningkat berbanding 2021

Hiburan Sat, 21 Dec 2019

Takziah, Remy Ishak Kehilangan Ayah Tersayang…

Innalillah wa inna ilaihi roji’un…

Hiburan Sun, 24 Mar 2019