Kisah Viral By: Dharnieya Nur Amelsa January 21, 2023 @ 5:38pm

Galau Bersama, Konsert Cakra Khan Terima Sorakan Padu Dari Peminat!

Konsert Cakra Khan – A Decade Live in Kuala Lumpur yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) berlangsung dengan meriah semalam.

Konsert tersebut telah meraih sambutan dan sorakan padu daripada peminatnya di Malaysia yang teruja menyaksikan persembahan cukup hebat serta bertenaga Cakra.

Terkenal dengan lagu-lagu sedih, Cakra berjaya membuatkan rata-rata penonton yang hadir ikut galau bersama dengannya.

Rangkaian 20 buah lagu dinyanyikan oleh Cakra semalam yang sememangnya telah membuat para peminat larut dalam emosi dan menikmati persembahan terbabit.

Antara lagu yang dinyanyikan ketika konsert tersebut ialah Mencari Cinta Sejati, Adalah Aku, Setelah Kau Tiada, Salah Tapi Baik, Cintamu Bukan Untukku, Kepada Hati dan banyak lagi.

@xtra_my Fuh! First lagu dah perform Mencari Cinta Sejati, memang meremang dengar suara Cakra!! 🔥 #fyp #xtramy #trendingmalaysia #SembangEntertainment #cakrakhan #cakrakhanadecade ♬ original sound – XTRA

Cakra turut berduet dengan dua penyanyi terkenal di Malaysia dan seorang penyanyi Indonesia menerusi konsertnya semalam iaitu dengan menyanyikan lagu berjudul Terlanjur Cinta bersama Khai Bahar, Seluruh Cinta dan Semalam bersama Aina Abdul serta Tanpa Batas Waktu dan Hal Hebat bersama Ade Govinda.

@xtra_my Woww! Meriahnya crowd nyanyi lagu Hal Hebat bersama Cakra & Govinda! 🙌🏻 Memang hebat semuaaa! #fyp #xtramy #trendingmalaysia #SembangEntertainment #cakrakhan #govinda #cakrakhanadecade ♬ original sound – XTRA

Bukan itu sahaja, konsert Cakra Khan turut dihadiri oleh barisan artis terkenal yang turut tidak sabar untuk menyanyi dan mendengar kelunakkan suaranya.

Antara artis yang menghadiri konsert tersebut semalam ialah Fattah Amin, Fazura, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Azira Shafinaz, Sherry Alhadad dan banyak lagi.

Malah, sahabat baik Cakra, artis terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa turut terbang ke Kuala Lumpur bagi menghadiri konsertnya.

Cakra mengakhiri persembahannya dengan menyanyikan dua lagu kegemaran penontonnya iaitu Kekasih Bayangan dan Harus Terpisah.

View this post on Instagram

 

A post shared by CKhan✨ (@cakra.khan)

Persembahan Cakra pastinya meninggalkan momen manis serta mengukit senyuman peminat yang pulang dengan kegembiraan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 28 May 2022

“Saya Tak Nak Jadi Budak-Budak…”- Ini Penjelasan Siti Nurhaliza Mengenai Isu Papan Iklan Digital

Sepatutnya bangga lah kan Siti wakil warga Malaysia dalam kempen EQUAL…

Hiburan Fri, 21 Dec 2018
Hiburan Tue, 28 Jan 2020
Hiburan Wed, 26 Jun 2019

Elak Kontroversi, Along Ezyendy Selesa Jadi Tenaga Pengajar

Setakat ini, syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Saya mengajar tiga kali seminggu.

Hiburan Wed, 6 Dec 2023