Kisah Viral By: Aisyah Badrul June 12, 2020 @ 12:24pm

Kuasa Cinta, Nenek 65 Tahun Nikahi Pemuda 24 Tahun

Jodoh datang tidak mengenal masa dan usia. Hal ini terbukti apabila seorang wanita berusia 65 tahun nekad menikahi pemuda yang baru berusia 24 tahun!

Pegantin wanita yang dikenali sebagai Tri Sutiyem ini telah bernikah dengan Ogan Komering Ilir di Sumatera Selatan  pada 5 Jun lalu.

Pada Awalnya hanya anggap sebagai anak angkat

Cerita Mbah Gambreng, pada awalnya dia hanya menganggap Ardi sebagai anak angkatnya. Selain Ardi, Mbah Gambreng mempunyai empat orang anak angkat lain yang terdiri dari tiga lelaki dan satu perempuan.

“Iya, sudah empat orang anak angkat saya, tiga lelaki dan satu perempuan, tiga sudah menikah dan punya rumah tangga sendiri, satu lagi Ardi ini yang jadi suami saya,” katanya.

Mbah Gambreng bekerja mengambil upah di kebun dan menjual pakaian serta jamu di sekeliling kampung. Dia mengenali suaminya itu lebih kurang setahun yang lalu.

Perkenalan mereka bermula apabila Ardi merupakan seorang penari di kumpulan kesenian kuda lumping. Pada ketika itu, Mbah Gambreng juga turut membantu menguruskan kumpulan tersebut.

Kerana dia kan memang sama seperti saya terlibat dalam bidang seni.

“Bahkan, telah saya anggap seperti anak sendiri tanpa adanya perasaan,” katanya.

Lama-kelamaan, mereka saling tertarik dan jatuh cinta. Kemuncaknya apabila Ardi menyatakan cinta kepada Mbah Gambreng.

Ketua Kampung, Wahyudi, yang dihubungi media mengesahkan perknikahan yang berlaku antara pasangan tersebut di kawasannya.

Pada awalnya, Wahyudi mengaku terkejut dan tak percaya dengan pernikahan yang berlangsung di Desa Bumiharjo dengan mas kahwin sebanyak Rp 100.000 (RM30.06 sen).

Namun, setelah berjumpa kedua-duanya, Wahyudi mengusulkan agar pernikahan mereka didaftarkan secara rasmi.

Semoga pasangan ini kekal sampai bila-bila!

Sumber: Kompas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 24 Feb 2020

“Buta Mata Bukan Buta Hati”- Lelaki OKU Buktikan Cacat Penglihatan Satu Anugerah, Jadi Johan Tilawah Al-Quran

Ternyata cacat penglihatan bukan ujian sebaliknya satu anugerah  Tuhan.. Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan baru sahaja melabuhkan tirainya dengan menyaksikan Qari Qayyim dari Kelantan dinobatkan sebagai Juara pada kali ini.  Buta bukan ujian sebaliknya satu […]

Hiburan Sun, 7 May 2023
Featured Tue, 6 Feb 2024

“Awak Ingat Saya Tak Mampu Nak Buat Anak Saya Cantik?”- DSV Dedah Cik B Kerap Jadi Mangsa Body Shaming

Alahai, kesian Cik B! Siapa suka body shaming tu boleh cermin dulu kot

Trending Tue, 10 Mar 2020

Percaya Kahwin Lambat Dilabel ‘Andartu’, Kini Pengacara Terkenal Ubah Persepsi Soal Jodoh

Jangan sebab obses nak kejar umur, kahwin terburu-buru dan meluru..