Kisah Viral By: Fatin Nurain April 18, 2022 @ 4:43pm

Lelaki Diheret Sebuat Perodua Myvi Ditahan Polis Untuk Siasatan

Seorang lelaki yang diheret sebuah Perodua Myvi tular di media sosial baru-baru ini, telah ditahan polis, semalam.

Video yang tular itu memaparkan seorang lelaki sedang cuba berpaut pada pintu belakang sisi kiri Perodua Myvi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, lelaki tersebut ditahan untuk siasatan lanjut selepas mendakwa dirinya diancam orang awam semasa berada di lokasi kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

“Kejadian itu berlaku selepas kemalangan, di mana pejalan kaki warga China cuba masuk ke dalam Perodua Myvi yang kebetulan lalu di kawasan kemalangan kerana khuatir keselamatan diri terancam oleh orang awam akibat kemalangan.

“Pejalan kaki itu dibawa anggota unit kereta peronda MPV ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi tujuan dokumentasi kerana mengadu diancam orang awam semasa di lokasi kemalangan terbabit,” kata Asisten Komisioner Sarifudin.

Kejadian itu dipercayai berpunca apabila seorang lelaki warga China tersebut melintas jalan raya secara mengejut dan menyebabkan dua kemalangan berlaku serentak di antara Proton Exora, Toyota Vios dan dua penunggang motosikal sekitar jam 2.15 pagi.

@majoritiofficial Apa yang berlaku ni? Macam mana lelaki tak berbaju tu boleh kena seret dengn Myvi merah?#kenaseret #apayangterjadi #tular #myvimerah #mrr2 K ♬ For movie / picture / action / suspense – G-axis sound music

“Proton Exora yang berada di lorong tengah membrek secara mengejut kerana mengelak seorang lelaki yang tiba-tiba melintas jalan, pada masa Toyota Vios datang dari belakang namun sempat memberhentikan.

“Tiba–tiba sebuah motosikal dari belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar Toyota Vios dan terbabas sebelum melanggar Proton Exora. Sebuah lagi motosikal datang dari arah sama kemudian merempuh motosikal yang terbabit kemalangan lebih awal itu,” katanya.

Polis itu berkata, kemalangan itu telah mengakibatkan penunggang motosikal jenis Yamaha mengalami luka pada muka, manakala penunggang motosikal seorang lagi patah kaki kiri.

“Kedua-dua mangsa dirawat di Hospital HUKM Cheras, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami kecederaan.

“Kes kemalangan ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1978 kerana memandu tidak cermat dan tidak bertimbang rasa,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 Jun 2018

这只狗狗每次都会「自己搭公车到公园玩」

在美国西雅图竟然有一只会自己搭公车的狗狗!

Trending Thu, 19 Jul 2018

Bila ‘Wanita Jadian’ Masuk Tandas Wanita Tulen, Ini Jadinya…

Perkongsian daripada Susylawati Faizol mendapat hampir 5,000 shares netizen yang kebanyakkan mereka tidak puas hati akan tindakan tersebut.

Featured Tue, 26 Apr 2022
Trending Sat, 22 Jun 2019

Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Hati-Hati, Tular Gambar Ngeri Insiden Jari Kanak-Kanak Tersepit Pada Eskalator Pasar Raya

Trending Wed, 25 Mar 2020

“Inilah Masa Wanita Single Atau Yang Sukakan Laki Orang Pergi Pasaraya,” – Gurauan Michael Ang Cuit Hati Rakan Artis Dan Netizen

Menerusi siaran langsung Pengumuman Rasmi oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, beliau telah mengumumkan tempoh Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir pada 1 April dilanjutkan sehingga 14 April. Sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan ini,

Trending Fri, 19 Jun 2020

| Live TV

error: Content is protected !!