Featured By: Aqilah Paharuzi June 5, 2022 @ 4:24pm

Masalah Cemburu Dipercayai Punca Wanita Hamil 7 Bulan Mati Ditembak Di Perut

Heboh di ruangan media sosial mengenai nasib malang seorang wanita yang sarat mengandung tujuh bulan mati akibat ditembak pada perut pada petang semalam.

Kejadian yang berlaku di Kampung Repek, Pasir Mas, Kelantan itu sememangnya merobek hati ahli keluarga mangsa di mana si ibu meninggalkan tiga anak lain dalam lingkungan usia antara tiga hingga 10 tahun.

Mangsa yang bernama Emirah Mazlan, 26, dikatakan telah bercerai dengan suaminya sejak Februari lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun mengesyaki punca wanita tersebut ditembak adalah angkara masalah cemburu.

Namun begitu, siasatan secara menyeluruh akan dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian tragis yang dianggap sangat kejam oleh rata-rata wargamaya.

Menurut Zaki, pihak polis telah mereman seorang lelaki berusia 40 tahun bermula Ahad hingga Khamis yang disyaki mempunyai hubungan dengan mangsa.

“Setakat ini macam-macam kemungkinan motif kejadian dan salah satunya adalah cemburu. Kita akan menyiasat secara menyeluruh, termasuk mengambil keterangan daripada saksi supaya apa yang kita jangkakan adalah benar,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen hantaran Facebook Harian Metro dibanjiri dengan komen-komen wargamaya yang turut bersimpati dan mendoakan agar roh mangsa dicucuri rahmat.

Dalam pada itu, mereka turut bermohon agar suspek dihadapkan hukuman yang setimpal kerana didakwa membunuh wanita dan anak dalam kandungannya

Sumber/foto: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 18 Oct 2020
Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Siapa Artis Yang Di ‘Sekolah’ Pengarah Terkenal Ini?

Sabarlah wahai abang Ijat.. semoga selepas ni rezeki makin mencurah-curah hendaknya.

Featured Mon, 13 Sep 2021
Featured Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Mon, 23 Sep 2019

“You All Takkan Percaya What Happened’- Aishah Kongsi Cerita Belakang Pentas ABPBH32

Rata-rata peminat Aishah memuji kemerduan suara penyanyi lagenda ini. Masih mantap beb! 

Hiburan Fri, 7 Jun 2019

Jarak Usia Terus Menjadi Topik, Priyanka Chopra Kecewa

Hanya kerana saya seorang wanita, isu ini terus diangkat.

Trending Sun, 11 Mar 2018

Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

Dicabar Makan Lintah Oleh Rakannya, Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

Featured Wed, 2 Jun 2021

Pilih Nama Klasik, Ain Edruce Dedah Wajah & Nama Anak Perempuan

Tahniah diucapkan buat pengacara dan pelawak Ain Edruce yang kini bergelar ibu kepada seorang cahaya mata perempuan pada 19 Mei lalu. Semalam, menerusi laman Youtubenya, Ain buat pertama kalinya mendedahkan wajah serta nama anak sulungnya […]

error: Content is protected !!