Featured By: Halimey Zamal November 1, 2022 @ 4:17pm

Nak Hilangkan Perasaan Suka Atau Benci Terhadap Seseorang? Ini Pesanan Ustaz Azhar Idrus

Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus atau dikenali sebagai UAI berkongsi tip bagaimana untuk menghilangkan perasaan suka atau benci terhadap seseorang.

@mfazzy MASA MAIN PERANAN #masa #sangkabaik #doa #ustaz #mfazzy #tiktokguru #jombelajar #ustazazharidrus ♬ tak ingin usai – Sadvibes🥀

Menerusi video berdurasi 32 saat yang meraih perhatian netizen itu, UAI mengupas berkenaan cara menghilangkan perasaan suka dan benci terhadap seseorang yang pernah hadir dalam kehidupan kita.

Jawapan yang diberikan oleh UAI telah membuat ramai wargamaya tersentuh hati dan cuba untuk mengikut tip yang telah dikongsikan.

“Kita nak hilangkan perasaan suka, perasaan nak marah pada orang adalah dengan berlalunya masa.

“Apa-apa pun masa, ia mainkan peranan. Dua tiga hari kita sedih, tiga bulan tiada dah sedih. Nak marah kat orang pun, lama-lama hilang macam tu ja.

“Marah pun dia akan hilang dengan lama, sayang pun dia akan hilang dengan lama. Masa itu main peranan,” jelasnya.

Jawapan itu merupakan respons untuk pertanyaan yang diajukan oleh salah seorang penonton yang menghadiri ceramahnya.

“Betul jangan layan perasaan sangat. Kalau duk layan sampai bila-bila pun tak hilang.” tulis salah seorang warganet di ruangan komen yang tersentuh dengan kata-kata UAI itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian yang disampaikan oleh UAI dan ada juga warganet yang meluahkan perasaan mereka yang susah untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 376,000 tontonan dan lebih 63,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Dec 2023
Featured Tue, 20 Dec 2022

Netizen Sebak Tengok Kimi Keon Berpisah Dengan Sahabat Selepas Tunai Umrah Bersama

Pempengaruh, Kimi Keon berkongsi momen perpisahan dengan sahabat-sahabatnya setelah usai menyempurnakan ibadah umrah di Makkah. @kimikeonkimi doakan kepada semua agar berjaya dunia akhirat yaa🥺❤️♬ original sound – diefarr🦋 Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman […]

Hiburan Fri, 24 Nov 2017

Yuna, Adam Sinclair Bersanding 28 Januari Tahun Depan

Tak sabar melihat majlis persandingan Yuna dan Adam yang bakal diadakan gilang gemilang nanti

Trending Fri, 16 Jul 2021

#JusticeForBella : Pemilik Rumah Bonda Kini Ditahan Polis

Semoga keadilan memihak kepada anak syurga #JusticeForBella ❤

Trending Thu, 15 Aug 2019

Pendaratan Cemas Atas Padang Kerana Burung Tersekat Di Enjin Pesawat

Juruterbang Terpaksa Buat Pendaratan Cemas Atas Padang

Featured Wed, 11 Jan 2023
Hiburan Wed, 29 Nov 2023
error: Content is protected !!