Featured By: Marcella November 18, 2021 @ 5:25pm

Netizen Kecam Wanita Kahwin Dengan Bapa Saudara Sendiri

Sebuah klip video menunjukkan perkahwinan seorang wanita dari Sulawesi Selatan dengan bapa saudaranya di aplikasi TikTok pada Rabu.

Malah, perkahwinan mereka dikecam kerana salah faham mengenai perkahwinan itu dan menyatakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

@indahnya_veri

tdk perlau jauh”mencari yg cocok,karna terkadang jodoh qt berada didepan mata🥰#fyp #bugis #tiktokbugis #tiktok #foryou #sidrap #tanrutedong @insomhere____

♬ suara asli – bugis_tiktok – bugis_tiktok

Menerusi video tular yang dimuat naik di laman TikTok oleh pengguna bernama @indahnya_veri, berkongsi mengenai perkahwinan antara seorang wanita bersama bapa saudaranya yang difahamkan mengikut tradisi Bugis.

“Tidak perlu jauh mencari yang sesuai kerana terkadang jodoh ada di depan mata,” tulis kapsyen dalam video itu.

“Bukannya tetap tidak boleh” – Netizen

Melihat ke ruang komen, ramai yang tidak bersetuju dengan perkahwinan itu kerana bapa saudaranya adalah darah dagingnya sendiri.

Selain itu, laman berita Wolipop meminta penjelasan daripada individu asal yang memuat naik video itu dikenali sebagai Haslinda.

Katanya, wanita yang berkahwin dengan bapa saudaranya itu bernama Rindiani dan bapa saudaranya bernama Herman.

“Keluarga telah mengaturkan perkahwinan mereka. Memang wanita itu merupakan anak saudara kepada lelaki itu namun mereka bukan anak saudara kandung.

“Pengantin lelaki ialah sepupu kepada ibu pengantin perempuan. Jadi, istilahnya adalah bapa saudara sepupu.

“Dalam salasilah keluarga, pengantin lelaki adalah generasi pertama, manakala pengantin perempuan adalah generasi kedua.

“Jadi, biasanya kami panggil pak cik atau mak cik,” kata Haslinda.

Sumber: Wolipop

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Hael Husaini Lancar Single ‘Hari Ini’

Wow! Min dah tengok dah mv lagu ni. Peminat Hael jangan makan hati pulak ye!

Trending Thu, 3 Dec 2020
Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Bagaikan Kisah Dongeng ‘Snow White’, Majlis Perkahwinan Eizlan Yusof-Tasha Bakal Jadi “Wedding of The Year” 2019

Tak dapat nak membayangkan bagaimana gemilangnya majlis perkahwinan Eizlan Yusof hujung minggu ini. Rasa macam dalam mimpi pulak!

Trending Mon, 22 Mar 2021

Kebenaran Rentas Negeri Perlu Ditangguhkan Sehingga… – Pakar

Harapnya takdelah seminggu selepas raya ye…

Trending Sun, 4 Jul 2021
Featured Thu, 12 Jan 2023

Cara Cakap Kena Tegur, Netizen Terhibur Dengar Maryam Durian Kimchi Mengucap

Comel je Maryam ni! Banyak dah improvement cakap BM

Featured Wed, 13 Jul 2022

Pelawak Wanita Mengaku Tidak Bersalah, Bakal Berhadapan Penjara Minimum 2 Atau Maksimum 5 Tahun

Fuh… semoga apa yang berlaku ni beri pengajaran besar pada dia dan semua pihak..

Hiburan Wed, 22 May 2019

Shila Amzah Jadi Puteri Jasmine Dalam Aladdin

Jom dengarkan lagu ‘A Whole New World’ versi Shila dan Hael pula!

| Live TV