Featured By: Dhia Iwana July 9, 2024 @ 2:54pm

Netizen Persoal Persembahan Maal Hijrah Bawa Optimus Prime & Bumble Bee Atas Pentas, Siap Ada Tarian.. JAKIM Tampil Beri Penjelasan

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan menampilkan dua buah robot terkenal, Bumble Bee dan Optimus Prime ketika sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini.

Tindakan tersebut ternyata dikritik selain dianggap tidak bersesuian dengan konsep sambutan Maal Hijrah yang sebenar.

Justeru, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi kenyataan rasmi di akaun Instagram tampil menjelaskan konsep yang dipilih itu sebenarnya memberi penekanan mengenai Tafsir Ilmi Kejadian Langit dan Bumi.

“Persembahan khas yang ditampilkan sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1446H/2024M memberi penekanan mengenai Tafsir Ilmi Kejadian Langit & Bumi yang membawa maksud tafsir yang membincangkan tentang perkara-perkara saintifik dan ilmiah di dalam metafora ayat-ayat Al-Quran.

“Menyelusuri perjalanan Tafsir Ilmi merupakan perjuangan untuk memfokuskan seluruh pancaindera mengakui keagungan Ilahi berlandaskan Al-Quran.

“Konsep persembahan turut menunjukkan keindahan cakerawala yang dihiasi dengan galaksi dan sistem suria yang merupakan fenomena alam semesta yang menakjubkan.

“Sesungguhnya kewujudan ini membuktikan tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT sebagai Maha Pencipta.

“Eksplorasi ini dapat mengacu akal pada batas pengetahuan, minat dan pengalaman sebagai inspirasi untuk menjelajahi kehidupan dan meningkatkan keimanan dalam diri.

“Tindakan untuk mengkaji dan berfikir tentang penciptaan langit dan bumi dan proses-proses yang berkaitan dengannya tidak dapat dipisahkan daripada sains dengan menggunakan pendekatan yang saintifik, sebagaimana yang telah dilakukan oleh saintis Muslim sebelum ini.

“Al-Quran mendorong umat Islam untuk banyak mengkaji dan hal ini banyak berkaitan dengan penerokaan ilmu terutama dalam bidang sains, tambahan pula kita berada di zaman rebolusi 4.0 @IR4.0 dengan ledakan automasi, digital dan fizikal siber kini menguasai manusia.

“Sains telah banyak memberikan sumbangan bermakna kepada peradaban manusia. Dan sudah tentu umat Islam merupakan peledak kepada ilmu sains moden yang berkembang hingga ke hari ini,” jelas kenyataan terbabit.

Dalam pada itu, JAKIM turut menegaskan konsep persembahan berkenaan juga merupakan peringatan kepada manusia yang kadang-kala alpa mengejar arus kemodenan.

“Konsep persembahan turut membawa peringatan bahawa dalam penciptaan langit dan bumi, manusia adakalanya sering terlupa akan kekuasaan zat Allah SWT sebagai penakluk semesta.

“Kealpaan manusia mengejar arus modenisasi menjadikan adakalanya manusia khilaf akan batasan akal dan hukum alam.

“Tuntasnya, sebagai khalifah di muka bumi ini, adalah menjadi kewajiban kita untuk melestarikan alam sekitar dan menguruskan khazanah yang diamanahkan oleh Allah SWT.

“Sains dan teknologi bukan lah musuh peradaban tetapi medium keharmonian jika disantuni dengan kebijaksanaan.

“Konsep persembahan juga menunjukkan bahawa kemajuan perlulah berlandaskan Al-Quran yang mana kemajuan tidak dilengkapi nilai agama akan menimbulkan kehancuran dan kemusnahan kepada alam,” tegasnya.

Dalam hantaran yang sama, JAKIM turut mengulas mengenai pergerakkan tarian yang dikatakan tidak bersesuaian dengan konsep Maal Hijrah.

“Pergerakan tari yang dipersembahkan pula adalah mengambil influens dari seni mempertahankan diri sepertin silat, pergerakan kemudiannya dikreasikan mengikut lirik lagu menggambarkan kejayaan.

“Dalam menuju arus kemodenan, jati diri tetap tidak dilupakan sebagai bekalan menghadapi cabaran semasa,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 26 Feb 2021
Hiburan Wed, 22 Jan 2020

Bersedia Untuk Timang Bayi, Siti Nurhaliza Ingin Anak Lelaki

Semoga doa Siti dimakbulkan yang Maha Esa…

Trending Thu, 5 Sep 2019

Anak Muda Kg Cherating Menang Luncur Ombak di India

Dalam persiapan menghadapi Sukan SEA 2019.

Hiburan Thu, 9 May 2024
Hiburan Sun, 12 Sep 2021

“Saya Dengan Iqbal Memang Tak Ngam, Selalu Gaduh” – Cik B Tak Setuju DSV Nak Nikah Dengan Bekas PA

Anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV), Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, tidak bersetuju keputusan ibunya yang didakwa bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli. DSV […]

Trending Mon, 18 Dec 2017

Cikgu Azizan bebas!

Cikgu Azizan keluar dari mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi dan dimaklumkan pertuduhan terhadapnya ditarik balik

Hiburan Sun, 12 Sep 2021

“Rezeki Tak Pernah Salah Alamat” – 2 Tahun Rehat, Amira Othman Bersyukur Kini Kembali Aktif

Selepas hampir dua tahun tak muncul dengan karya baharu, penyanyi Amira Othman bersyukur rezekinya datang mencurah-curah walaupun dalam keadaan pandemik. Sebelum ini, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 28, berehat kerana mengalami kecederaan otot. […]

Hiburan Wed, 23 Oct 2019

Gabungan Lil J, Allan D, MK Dalam ‘IMSO’

Menarik tentang lagu ini, pembikinan video muzik dilakukan di Sabah!

Featured Fri, 19 May 2023