Featured By: Salma Syahbuddin November 3, 2021 @ 6:09pm

Netizen Tak Puas Hati, Sifatkan Hukuman 18 Tahun Penjara Tidak Adil Buat Tertuduh Kes Bunuh Zulfarhan Osman

Walaupun keputusan mahkamah telahpun dibuat pada Selasa dengan enam tertuduh berdepan hukuman penjara selama 18 tahun kerana menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain empat tahun lalu, topik ini masih menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen sehingga ke hari ini.

Menjengah di ruangan Twitter, kes tersebut menjadi sohor kini apabila rata-rata warganet menyifatkan keputusan yang dibuat bersifat tidak adil memandangkan 80 peratus badan mangsa melecur akibat ditekap seterika wap termasuklah pada bahagian kemaluan mangsa.

 

Bukan itu sahaja, warganet turut menzahirkan rasa kesal dan sedih kerana memikirkan penderitaan mangsa pada ketika itu dan perasaan kedua ibu bapa Allahyarham Zulfarhan.

 

“Kalau satu je tekap iron tu aku boleh terima lagi la kata takda niat membunuh. Tapi kalau dah penuh satu badan…”

Warganet berpendapat, tidak berperikemanusiaan, gila, psiko dan kejam mungkin perkataan sinonim yang harus diberikan buat semua tertuduh kerana beranggapan mana mungkin manusia waras sanggup melakukan perbuatan tersebut apatah lagi sehingga menyebabkan kematian.

Bagaimanapun, warganet berharap agar akan ada keputusan yang adil buat kematian Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain supaya ia boleh  menjadi pengajaran buat semua rakyat Malaysia agar tidak terlibat dengan kes buli sehingga meragut nyawa insan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Hanya Ada 1 Keluarga Tertuduh Minta Maaf, Yang Lain Tidak…” – Ini Reaksi Ibu Bapa Allahyarham Zulfarhan Sebaik Sahaja Keputusan Mahkamah Dibuat… Sebaknya!

ARTIKEL BERKAITAN: Kes Bunuh Zulfarhan, Kesemua 18 Pelajar UPNM Didapati Bersalah, 6 Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Dibiarkan Malaun-Malaun Ni Terlepas” – Netizen Mahu Hukuman Mandatori Buat OKT Kes Zulfarhan Osman

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 16 Feb 2021
Hiburan Tue, 14 Nov 2023
Featured Fri, 28 Oct 2022

“Kalau Kenen Gurau Tak Apa, Jangan Pula…” – Peminat Suka Gandingan Khai Bahar & Hawa Rizwana

Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar sudah memahami permainan netizen yang suka mengaitkan dia menjalin cinta dengan wanita disekitarnya. Baru-baru ini, peminat telah mengaitkan Khai dengan pengacara dan penyampai berita, Hawa Rizwana. Namun, pelantun lagu Bayang […]

Trending Tue, 24 Nov 2020
Featured Mon, 13 Dec 2021

“Dia Nak Ikut IU Tu Pergi Zaman Goryeo” – Bagai Drama Scarlet Heart Ryeo, Lelaki Terjun Tasik Cermin Ipoh Timbulkan Pelbagai Reaksi Netizen

Tular sebuah video seorang lelaki terjun ke dalam Tasik Cermin di Ipoh, Perak baru-baru ini yang menimbulkan kemarahan dan pertanyaan warganet. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang lelaki berbaju hitam secara tiba-tiba memanjat […]

Featured Tue, 10 Jan 2023

“Malunya Syaikhul, Sumayyah Dapat Ayah Macam ni…” – Puteri Sarah Kecewa, Mohon Syamsul Fikir Kesan Pada Anak-Anak & Keluarga

Orang jahil, akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu – Puteri Sarah Liyana 😢