Kisah Viral By: Khairil Khusyairi June 25, 2024 @ 9:58am

Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris Teruk Dikritik, Ini Jawapan MOM 

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mohd Nazifuddin Najib memaklumkan pakaian rasmi kontinjen negara ke pelbagai temasya sukan dibangunkan dengan mengambil kira konsep rekaan terkini walaupun berdepan kekangan tertentu.

Menurut laporan Berita Harian, beliau berkata pemilihan pakaian rasmi itu dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.

“Sebenarnya kita tertakluk kepada apa yang penaja boleh berikan dalam keadaan pengehadan tertentu dan ia (juga) bergantung dengan bajet. Kalau nak terbaik atau premium, itu menjadi faktor kos kepada penaja jadi ia perlu dipertimbangkan.

“Ini bukan peruntukan daripada kerajaan atau wang daripada siapa-siapa, tetapi ihsan daripada penaja,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Olimpik

Pakaian rasmi kontinjen negara yang dirasmikan baru-baru ini

Tambah Mohd Nazifuddin, dia berkata rekaan terbaharu itu akan digunakan buat kali pertama semasa temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dan pihaknya akan mendapatkan maklum balas pemegang taruh, atlet dan pegawai sukan berhubung reaksi yang diterima mengenai pakaian berkenaan.

“Untuk sementara ini, pakaian rasmi itu akan digunakan kontinjen ke Paris tetapi pakaian untuk upacara pembukaan berbeza, pakaian rasmi ini cuma untuk digunakan sewaktu temasya dalam perjalanan ke venue pertandingan,” katanya.

Terdahulu hari ini, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menerusi ciapan di X menjelaskan pakaian rasmi terbaharu kontinjen negara yang dilancarkan semalam adalah di luar bidang kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke temasya pelbagai sukan adalah di bawah tanggungjawab MOM. Ini merupakan hasil kerjasama antara Yonex dan MOM dan ia di luar bidang kuasa KBS dan MSN,” katanya.

Sukan Olimpik Paris dijadual berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Jul 2018

Tak Mahu Jawatan, KJ Nak Rehat

Bagaimanapun beliau akan hadir ke sidang Parlimen selepas ini. Katanya ‘ Itu memang kena hadir mana boleh tidak hadir’.

Trending Sun, 6 Oct 2019

Ambil Perhatian Lokasi Pelancongan Hanoi Kawasan Bebas Rokok

Destinasi Pelancongan Di Hanoi Jadi Kawasan Larangan Merokok

Trending Mon, 9 Apr 2018

Niat Beli Jentolak ‘Lebur’, Peniaga Hilang RM 62,000

Pada mulanya mangsa yang berusia 48 tahun itu telah memasukkan RM 1000 sebagai tanda setuju.

Trending Hari Ini Mon, 1 Jun 2020
LIFESTYLE Wed, 11 Jul 2018

Susah Bangun Pagi? Aplikasi Loceng Ini Boleh Bantu Anda!

Selama ni anda selalu snooze kan alarm bila tiba je waktu bangun kan? Bila dah terlambat, anda salahkan jam loceng pula. Cuba muat turun aplikasi ‘annoying’ ini, mesti dah tak lambat lagi!

Trending Hari Ini Fri, 29 May 2020
Hiburan Fri, 28 Jun 2019

Kurang Selesa Kongsi Soal Peribadi, Intan Ladyana Kunci Mulut

Kalau dah sampai hari bahagia, jangan lupa jemput kami yer!