Kisah Viral By: Salma Syahbuddin June 17, 2020 @ 2:00pm

Pelajar Ini Sanggup Panjat Pokok Demi ‘Line’ Internet Je?

Pemilik nama Vevenoh Mosibin tidak menyangka sama sekali menerima sokongan dari semua pihak akibat videonya yang viral gara-gara ingin menjawab soalan peperiksaan dengan memanjat pokok demi mendapatkan line internet.

www.xtra.com.my

Vevenoh berkata beliau gembira dengan pertambahan jumlah penonton dan subscribers namun ia bukanlah keutamaan beliau.

” Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang subscribe dan sokong saya, terutama pihak universiti sendiri yang berkongsi video saya di Facebook.

Video 24 Hours On Tree Challenge ‘HITS’ kurang dari seminggu

Video yang berjudul 24 Hours On Tree Challenge yang dibuat oleh pelajar jurusan sains dan berdurasi 11 minit 20 saat itu menunjukkan Vevenoh sempat memanjat pokok demi menjawab kertas peperiksaan Kimia dan Pengajian Am.

www.xtra.com.my

Vevenoh mengambil keputusan untuk bermalam di atas pokok kerana cuaca semakin gelap dan menghalang beliau untuk pulang ke rumah sebaik sahaja menjawab peperiksaan.

Setakat ini, video tersebut telahpun ditonton sebanyak 332, 041 kali sejak ianya dimuat turun pada 12 Jun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Mar 2023
Trending Tue, 17 Sep 2019
Trending Tue, 29 Dec 2020
Featured Wed, 17 May 2023
LIFESTYLE Wed, 30 Nov 2022