“Penat Bila Dapat Guest Macam Ini” – Tetamu Langgar Syarat Tempahan & Buat ‘Homestay’ Bersepah

Selepas kerajaan membenarkan rentas negeri, pasti ramai yang sudah mula rindu untuk pergi bercuti.

Malah, kita juga boleh lihat tempahan homestay juga hampir penuh setiap hujung minggu.

Namun, dalam keterujaan itu ada juga beberapa individu di luar sana jadi lupa diri apabila mereka membuat tempat penginapan itu seperti rumah sendiri.

@zyhafaroshaa

Penat ye bila dapat guest macam ni. Book untuk seorang, yang datang 3 kereta. Memang aku basuh aje terus rumah tu lepas tu #staycation #kuis #foryou

♬ original sound – Zyha Rosli – Zyhafarosha

Keadaan itu dapat dilihat menerusi klip video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @Zyharafosha, berkongsi mengenai keadaan homestay miliknya selepas tetamu rumah penginapan itu pulang.

Video tersebut memaparkan homestay itu bersepah dengan sampah serta peralatan dapur yang tidak dicuci selepas digunakan.

Selain itu, kita juga dapat melihat keadaan setiap bilik yang kotor dan didapati ada sebuah tilam juga hilang.

Lebih teruk lagi apabila tetamu berkenaan pada asalnya menempah rumah penginapan itu untuk seorang, tetapi tiga buah kereta pula yang datang.

Selepas pemilik homestay itu melihat kejadian itu, dia hanya mampu bersabar dan bergegas membersihkan rumah itu untuk kemasukan tetamu lain.

“Penat ya bila dapat guest macam ni. Book untuk seorang tapi yang dapat tiga buah kereta.

“Memang kerja saya basuh saja terus rumah itu lepas itu,” tulis kapysen dalam video itu.

“Kalau tak nak rumah macam ini, tak payah sewakan”- Netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak menyenangi akan tindakan pemilik rumah penginapan itu kerana pemilik itu seolah-olah mengeluh apabila melihat keadaan homestay itu.

Malah, mereka turut menyuruh pemilik itu supaya berhenti menyewa rumahnya.

Marcella