Featured By: Marcella November 29, 2021 @ 4:15pm

Pernah Digelar Gajah Oleh Rakan, Pemuda Tekad Turunkan Berat Badan

Sebenarnya sukar bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.

Pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai perubahan dan transformasi untuk menurunkan berat badan terutamanya dalam tempoh yang singkat.

Malah, ada yang memilih untuk mengambil suplemen pelangsing badan untuk mendapatkan berat badan idaman dalam masa yang singkat, namun tidak bagi pemuda ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok bernama @tuanrafiq21, dia berkongsi kisah motivasinya dalam melakukan perubahan bagi merealisasikan impian yang diidamkan selepas ditinggalkan oleh kekasih.

@tuanrafiq21

Penat itu perkara biase kn☺️#fyp #weightloss #glowup

♬ bunyi asal – apik nak kurus🥺 – apik nak kurus🥺

Menurut pemuda itu, dia pernah ditinggalkan oleh kekasihnya kerana badannya yang besar dan diejek seperti gajah oleh rakan-rakan kekasihnya.

“Sebab saya gemuk, dia tinggalkan saya, Dia malu kawan dia ejek saya macam gajah, tak layak dengan dia,” katanya dalam video berkenaan.

Kecewa dengan peristiwa itu, dia lebih bersemangat untuk menguruskan berat badan. Hasilnya, dia berjaya melakukan perubahan berat badan yang ketara iaitu dari 120 kilogram ke 50 kilogram.

“Ruginya perempuan itu” – Netizen

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan lelaki itu dan mengatakan itu adalah kehilangan buat bekas kekasihnya.

“Tolong bagi tips sikit”

Malah, ramai juga netizen yang bertanyakan tips untuk menjadi tabah dan kuat semangat untuk menurunkan berat badan.

Perkongsian video itu telah meraih lebih 1.6 juta tontonan dan 214,600 tanda suka sejak ia dimuat naik pada Jumaat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Mar 2019
Featured Wed, 24 Apr 2024

Intan Najuwa Tayang Beli Pengering Rambut ‘Special Edition’, Netizen Tinggal Komen Sarkastik – “Tak Sia-Sia Kahwin Lelaki Tua”

Tu namanya rezeki…. tak baik orang saja je tunjuk hari dryer tu korang pula pegi kaitkan husband dia … memang nak kena lah!👀💥

Trending Wed, 17 Mar 2021

Dulu Dikritik Di Vokal Mania, Kini Nuha Bahrin Bangkit Dengan Single XSEMPURNA

Masih ingat dengan Nuha Bahrin? Gadis kecil molek ini pernah terpalit kontroversi dan dikritik ketika menyertai program realiti Vokal Mania sebagai rookie. ARTIKEL BERKAITAN: Vokal Mania – Persembahan Tular Di Twitter, Didakwa Macam Kena Rasuk […]

Events Thu, 28 Mar 2019

Sekitar Kemeriahan Majlis Malam Berinai Fasha Sandha Dan Aidil Aziz

Sama-cantik sama padan kan? kalau tak caye, tengok lah sendiri.

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Selepas Setahun, Exo Bakal Muncul Dalam “Knowing Bros”

Lama tak nampak Exo dalam rancangan realiti.

Featured Tue, 28 Jun 2022

Sering Dijodohkan, Shuib Akui Masih Belum Bersedia – “Zara Zya Manis Orangnya…”

Kalau ada jodoh tak kemana kan? Tapi hormatlah perasaan Shuib juga yang kehilangan isteri tercinta 😌

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Banyak Cabaran Sepanjang Berkahwin, Diana Danielle Mengaku Tak Kuat?

Allah SWT akan beri sesuatu yang lebih manis dan indah jika kita terus bersabar.