Featured By: Halimey Zamal December 14, 2022 @ 7:11am

Peruntukan RM29,000 Beli Van Jenazah, Penampilan Sopan Hannah Yeoh Dipuji Ramai

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjadi topik hangat dalam kalangan netizen setelah menyumbang van jenazah berjumlah RM 29,000 di Masjid Al-Imam Al-Ghazali.

Memetik laporan Harian Metro, Ahli Parlimen Segambut ini memberitahu peruntukan itu diberikan bagi menambah dana yang telah berjaya dikumpul oleh pihak masjid.

“Saya telah dimaklumkan oleh pihak masjid mengenai keperluan mendapatkan sebuah van jenazah.

“Saya difahamkan mereka telah mengumpul dana tetapi masih tidak mencukupi. Saya sudah lihat kertas permohonan mereka dan saya telah menyalurkan RM29,000 untuk mencukupkan peruntukan itu.

“Saya percaya van jenazah ini akan memanfaatkan penduduk Segambut yang memerlukan kerana penyewaan sebuah van biasa agak mahal,” jelas Hannah.

@norshaminanordinSemoga YB Hannah terus berbakti tanpa mengira bangsa dan agama 🤍♬ Aisyah Istri Rasulullah – Syakir Daulay

Dalam pada itu, wargamaya juga turut memuji penampilan Hannah yang berhijab menutup aurat biarpun bukan beragama islam ketika berada di dalam masjid.

Warganet juga berharap agar Hannah terus berbakti buat rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.

“Cantik YB Hannah pakai tudung.

“Dia ni memang suka pakai baju kurung selalu.

“Alhamdulillah, teruskan berbakti kepada semua golongan masyarakat tak kira bangsa dan agama.” tulis warganet.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Apr 2020
Featured Fri, 7 Apr 2023
Trending Hari Ini Tue, 7 Jul 2020

YDP Agong Jadi Responden Pertama Banci 2020

Sama sama kita doakan kejayaan Banci 2020 kali ini!

Featured Mon, 30 Jan 2023
Featured Wed, 26 Jan 2022
Events Fri, 20 Mar 2020

Siapa Kata #StayHome Boring? Jom Ikut Cara Angkasawan Negara Ini Habiskan Masa Di Rumah

So, boleh lah amalkan tips yang dibuat oleh angkasawan negara kita ni

Hiburan Wed, 5 Sep 2018

Remy Ishak Akui Penonton Malaysia Suka Filem Santai Bukan ‘Berat’

Remy percaya satu hari nanti filem ‘berat’ bakal diterima di masa hadapan dan penonton melihat cerita tersebut dengan lebih santai.