Featured By: Khairil Khusyairi November 14, 2022 @ 12:43pm

Polis Buka Kertas Siasatan Kejadian Wanita Bermain Flying Fox Sambil Pegang Anak

Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman yang memaparkan seorang wanita memegang anak ketika melakukan aktiviti ‘flying fox’ di Kuala Kubu Bharu.

Terkini, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Suffian Abdullah mengesahkan pihaknya telah menerima satu laporan berhubung video tular berkaitan kejadian itu.

“Pada 13 November 2022 Balai Polis Kuala Kubu Bharu telah menerima laporan polis berhubung video tular di platform media sosial memaparkan seorang wanita menjalankan aktiviti lasak yang merbahaya iaitu aktivit flying fox sambil memegang anak kecil dengan mengabaikan keselamatan anak dan dirinya yang berlaku di Kuala Kubu Bharu.

“Polis Hulu Selangor telah membuka satu kertas siasatan yang disiasat di bawah seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 Pindaan 2006 bagi menjalankan siasatan terhadap individu yang terlibat,” kata Suffian.

Sehubungan dengan itu, pihak polis meminta masyarakat bertenang dan tidak gusar berhubung isu tular tersebut.

“Sementara itu phak polis meminta agar ahli masyarakat bertenang dan tidak gusar berhubung isu yang tular.

“Masyarakat diseru untuk tampil membuat pengaduan ke balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat berkaitan isu yang sedang tular atau meghubungi terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223,” tutupnya.

Terdahulu, XTRA telah membuat satu hantaran video di TikTok @XTRA_MY yang bertajuk ‘Jangan Terlalu Mengejar Keseronokan Sangat’ – Netizen Luah Rasa Risau Bawa Budak Naik Flying Fox telah memaparkan seorang wanita memegang anak sambil bermain flying fox.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 12 Jan 2019

WOW! Leonardo Dicaprio Bawa Teman Wanita Bercuti Di Phuket

Wow, Leo nampak betul-betul serius dalam hubungan kali ni!

Trending Tue, 25 Jan 2022

“Orang Ingat Lagu Tu Simple, Tapi…” – Anuar Zain Bakal Ganti Ernie Zakri Nyanyi Lagu Boneka Di AJL36?

Pengganti penyanyi Ernie Zakri untuk menyampaikan lagu Boneka di pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) masih belum diumumkan. Ernie yang bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi masih belum mendedahkan penyanyi yang bakal menggalas tanggungjawab

Hiburan Sun, 15 Sep 2019

“Kau Siapa Doh?” Zee Avi Lempar Pertanyaan Pada Kaki Kecam

Semasa pelancaran ‘Single’ dan video muzik terbaharunya yang berjudul ‘Who Are You’ di kafe Umai, TTDI baru-baru ini, Zee Avi telah menitiskan air mata kerana padanya lagu ini amat istimewa pada dirinya. ‘Who Are You’

Hiburan Fri, 29 Dec 2017

“BUAT APA NAK TOLAK? ORANG MASIH MAHUKAN KHIDMAT SAYA” – FASHA SANDHA

Bagi Fasha, memang masa itu sangat terhad tetapi itulah pengorbanan yang perlu dilakukan olehnya

Events Fri, 25 Nov 2022

Tak Pernah Terfikir Masuk Dunia Lakonan, Harissa Adlynn Teruja

Penyanyi Harissa Adlynn teruja apabila berpeluang melibatkan diri dalam dunia lakonan. Pernah dikenali menerusi lagu Aku Sayang Kamu, Harissa tidak pernah terfikir akan menceburi dalam dunia lakonan dan menjadi seorang pelakon, namun dia akui dia

Featured Mon, 5 Nov 2018

Ini Penjelasan Saintifik Mengapa Menguap Boleh Berjangkit!

Cuba menguap sekarang sebelah rakan anda, boleh berjangkit atau tidak?

Hiburan Fri, 29 Mar 2019

Kes Saman Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari Belum Selesai

Tindakan lanjutan ini adalah untuk memberi pengajaran sebenarnya

Trending Mon, 5 Nov 2018

Gadis Ini Tular Gara- Gara Wajah Seiras Siti Nurhaliza, Mira Filzah

Sekali pandang macam Datuk Seri Siti Nurhaliza, dua kali pandang macam Mira Filzah pula. Ish ish… cantik betul awak ni!

| Live TV