Ramai Cemburu Lihat Daiyan Trisha Bergambar Bersama Pelakon Thailand – “Tutorial How To Be Daiyan…”

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengundang rasa cemburu dalam kalangan peminat apabila berkongsi gambar bersama pelakon popular Thailand, Gulf Kanawut.

Terbaharu, sebuah perkongsian yang dimuat naik di laman TikTok Daiyan telah berjaya meraih perhatian ramai apabila dia berdiri bersebelahan dan bergambar bersama Gulf.

“Lunch with the Gucci fam,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@daiyantrisha22lunch with the gucci fam ❤️‍🔥

♬ Bejeweled – Taylor Swift

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa cemburu dan iri hati apabila melihat pelakon filem Busker itu bergambar bersama Gulf.

“Dengan Gulf pulak… how to be Daiyan?

“Jumpalah semua Daiyan, ambik semua ambik.

“Dia jumpa abe Thai kita pulak.

“Daiyan, you can take all, tak nak kawan Daiyan,” tulis salah seorang netizen.

Malah, ada juga segelintir yang bertanya bagaimana cara untuk menjadi seperti Daiyan oleh kerana dirinya kerap berjumpa dengan ramai artis antarabangsa.

“Tutorial how to be Daiyan.

“Macam manalah nak jadi kau.

“OMG, can I be Daiyan Trisha in another life?

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 477,000 tontonan, 65,000 tanda suka dan 1,049 komen.

 

 

Dharnieya Nur Amelsa