Featured By: Halimey Zamal January 13, 2023 @ 5:56pm

“Ready To Fight” – Zahid Hamidi Sahut Cabaran Khairy Jamaludin?

Ucapan ringkas ‘ready to fight’ yang diucapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika bersalaman dengan Timbalan Ketua UMNO bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa hadir pada Perhimpunan Agong UMNO 2022 (PAU2022) menimbulkan tanda tanya.

@khairykj Presiden UMNO cakap kepada saya beliau “ready to fight.” Maka tak perlu lah ada usul agar Presiden & Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Presiden berani berdepan dengan pertandingan. Kita raikan demokrasi dalam UMNO. Jangan matikan demokrasi. Let’s go! #UMNO #fypmalaysia🇲🇾 ♬ original sound – Khairykj

Mantan Menteri Kesihatan itu berkongsi sedutan video terbabit di laman sosial TikTok miliknya.

“Ready to fight! Salute Presiden UMNO berani. Tak payah nak bawa usul tiada pertandingan,” tulis tokoh politik yang dikenali sebagai KJ ini.

Dalam hantaran berasingan, KJ menyeru semua pihak untuk berani membuka ruang demokrasi dalam UMNO.

“Alhamdulillah pagi tadi saya telah bertembung dengan YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, presiden UMNO dan sambil saya salam, beliau telah sebut bahawa ‘ready to fight’.

“Maknanya beliau bersedia untuk berdepan dengan sebarang cabaran pemilihan UMNO dan Presiden sendiri berani. Datuk Seri Zahid saya memang salute kepada beliau sebab tidak takut.

“Kalau ada sebarang usaha menutup demokrasi dalam UMNO dengan usul supaya Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan maka ia bertentangan dengan keberanian presiden sendiri. Let’s be brave buka ruang demokrasi dalam UMNO, buka semua jawatan untuk dipertandingkan. Terima kasih,” kata KJ

Menelusuri ruangan komen, wargamaya bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh KJ dan ada juga yang memberikan sokongan kepadanya untuk bertanding dalam merebut kerusi presiden itu.

“KJ presiden, saya sokong UMNO.

“Presiden tak takut, yang takut kuncu-kuncu dan pengikut. Adat pertandingan ada menang ada kalah.

“Hidup Presiden UMNO memang berani. Ni baru pejuang UMNO cuma pengampu ja tak yakin dengan dia,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 15 Mar 2020

Topeng muka DIY tidak kalis virus?

Risiko jangkitan lebih tinggi

Hiburan Wed, 14 Sep 2022
Trending Sun, 25 Oct 2020
Hiburan Tue, 19 Jun 2018

Faham Situasi Haqiem Rusli, Hanez Suraya Pernah Kemurungan?

Saya rasa sakit, malah ketika itu berat badan turun mendadak hingga ramai yang menegur mengenai perubahan fizikal dialami. Walaupun saya berselera untuk makan, tetapi badan tetap kurus. Ia membuatkan saya jadi paranoid, sehinggalah doktor mengesahkan saya mengalami gangguan kebimbangan.

Trending Wed, 14 Mar 2018

‘Power Couple’ Zayn Malik & Gigi Hadid Dah Berpisah! Ini Sebabnya…Oh, Tidak!

Bukan selalu kita dapat jumpa pasangan selebriti di mana dua-dua individu pun fotogenik dan cantik.

Featured Fri, 25 Oct 2019
Featured Tue, 5 May 2020

Ketahui 3 panduan ini untuk elak gaya hidup ‘sedentari’

Gunakan masa ‘terperap’ di rumah untuk jadi lebih sihat

Trending Thu, 23 Jan 2020

[Viral] Isu Foto Tidak Bertudung Tular, Ali Gatie Backup Sharifah Rose?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya

| Live TV