Pakej Bufet Ramadan Restoran Rebung 2023 akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan, bermula dari 23 Mac hingga 20
April 2023.

Tema untuk tahun 2023 ini adalah “Santapan Di-Raja”. Terdapat lebih daripada 90 jenis makanan untuk santapan pelanggan yang berkunjung ke Restoran Rebung pada bulan Ramadan nanti.

Bermula daripada makanan pembuka selera (appetiser) sehinggalah ke pencuci mulut (dessert). Kami masih mengekalkan sajian utama kami iaitu daging salai masak lemak cili api,ikan patin masak tempoyak, pari masak asam pedas, dan lain-lain.

Harga Bufet Ramadan 2023 bagi bufet Ramadan ialah RM 99 bagi dewasa dan RM 69 untuk kanak-kanak (umur 5-12 tahun).

Lebih menarik, pelanggan juga akan dihiburkan dengan persembahan ghazal dari kumpulan Orkes Melayu Rojer.

Khairil Khusyairi

Recent Posts