Featured By: Aqilah Paharuzi May 26, 2022 @ 4:24pm

Saksi Dedah 3 Lagi Rumah Sembelihan Daging Import Dari Australia Didakwa Langgar Protokol Halal

Tiga lagi rumah sembelihan di Queensland, Australia dilaporkan melanggar protokol halal sembelihan seperti yang tertera dalam Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMAM).

Memetik laporan Utusan Malaysia, dakwaan berkenaan didedahkan oleh seorang wakil organisasi halal antarabangsa di Filipina.

Saksi yang mahu dikenaki sebagai Amin itu mendedahkan perkara tersebut semasa pemeriksaan mengejut diserbu di ketiga-tiga rumah sembelihan berkenaan.

Menurut Saksi, dua daripada rumah sembelihan itu tidak mematuhi syarat sah penyembelihan ketika tidak ada penyembelih beragama Islam melakukan prosedur berkenaan.

Malah, perkara yang lebih mengejutkan adalah semua haiwan ‘digemukkan’ dengan menyumbat paip air ke dalam mulut demi menaikkan berat badan sebelum haiwan itu mati dan terus disembelih.

“Pada mulanya kami tidak meragui rumah sembelihan yang mendapat pengiktirafan SICHMA. Namun, tindakan dan cara rumah sembelihan ini melakukan proses penyembelihan tidak boleh diterima.

“Kami lihat sendiri ketika membuat pemantauan di sana yang pada mulanya mereka enggan membenarkan kami masuk. Dan atas sebab itu kami tidak mengiktiraf rumah sembelihan tersebut termasuk semua rumah sembelihan di Australia,” katanya

Rumah sembelihan terbabit turut mendapat pengiktirafan halal badan-badan persijilan halal di negara Asia Tenggara lain. SICHMA pula adalah badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal Australia.

Malah, menerusi satu bukti rakaman video pengakuan saksi, haiwan-haiwan turut dilemaskan dalam takungan darah binantang yang disembelih terdahulu.

Melalui cara itu, haiwaan tersebut mati akibat lemas di takungan air darah dan bukan disembelih seperti syarat yang diperlukan dalam keperluan penyembelihan haiwan mengikut syariat Islam.

Justeru, Amin tidak terkejut dengan kes prosedur penyembelihan di Thomas Food Industries (TFI) yang merupakn satu rumah sembelihan Australia yang tidak mematuhi protokol halal seperti yang tular baru-baru ini.

Pusat penyembelihan di Lobethal, Selata  Australia itu mengeksport kambing ke Malaysia dan Singapura yang tertera dalam senarai diiktiraf  kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Susulan itu, Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah menggantung lesen loji sembeliban TFI sehingga sisatan menyeluruh diperoleh.

Artikel Berkaitan: Saksi Dedah Proses Sembelih Daging Import Dari Australia Haram, Kambing Dilemaskan & Penyembelih Minum Arak

Sumber: Agenda Daily, Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Oct 2023

“Noorkhiriah Orang Pertama Bagi Saya Tudung Untuk Berhijrah” – Ieda Moin

Allahu bestnya ada kawan yang selalu support hijrah kita

Hiburan Tue, 26 Jun 2018

Kelab Peminat Fattah Amin Dah Bubar?

Selepas lima tahun kelab peminat Fattah Amin bergerak aktif, akhirnya mereka sepakat untuk membubarkannya. Setiap yang bermula pasti ada pengakhiran kan? Buat Fattah, sabar ya. Ada atau tanpa kelab peminat, kami percaya masih ramai yang menyokong karier seni Fattah. Good Luck, BamTah!

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Hidap Kanser Tahap Empat, Doakan Zaibo Segera Sihat!

Saya reda kerana percaya qada dan qadar Allah. Lagipun, di sekeliling saya ramai memberikan semangat… Semoga terus kuat dan cepat sembuh, Insha Allah…

Trending Sun, 12 May 2019

Remaja Gadaikan Nyawa Berdepan Penyerang Sekolah

Remaja Gadaikan Nyawa Berdepan Penyerang Sekolah Ketika Rakan-Rakan Selamatkan Diri

Acara Thu, 26 Jul 2018

Booth Hijab & Heels Tawar Banyak Aktiviti Dan Hadiah Menarik. Jom Serbu!

Booth HIjab & Heels menawarkan pelbagai hadiah menarik serta aktiviti yang pasti mengujakan semua!