Kisah Viral By: Aisyah Badrul May 20, 2020 @ 9:00am

Salah Faham Dengan Penjual, Pesan Kuih Raya 70 Bungkus Tapi Terima Keropok 70 Kotak!

Hari Raya Aidifitri bakal menjelang tidak lama sahaja lagi. Pasti umat Islam di seluruh dunia sedang melakukan persiapan raya seperti membeli baju raya, menghias rumah, buat kuih raya dan sebagainya. Walaupun raya di rumah sahaja tahun ini, raya tetap kena meriah ya.

Dalam kesibukan kita melakukan persiapan raya ketika ini, ada pula kisah-kisah lucu tentang persiapan raya yang dikongsi oleh netizen di laman sosial.

Baru-baru ini, sebuah keluarga di Singapura terpaksa menjual semula 70 kotak keropok yang diterima mereka kerana mereka telah menerima pesanan yang salah. 70 bungkus kuih raya yang dipesan tetapi 70 kotak keropok yang mereka terima. Adoi, macam-macam lah!

Perkara ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang berma @snabehh

Menurut Shan, pakciknya hanya ingin membeli 70 bungkus kuih raya sahaja. Namun, akibat berlaku salah faham antara pakcinya dan penjual, pihak penjual telah menghantar sebanyak 70 kotak keropok ke rumah mereka. Setiap kotak tersebut mengandungi 4 hingga 5 bungkus keropok. Siapa nak makan keropok banyak-banyak tu?

Jadi, Shan pun bertindak mempromosikan keropok tersebut di Twitter. Menerjah ke ruangan komen, rata-rata netizen berminat dan ingin membeli keropok tersebut. Shan pun tidak menyangka tweet tersebut meraih 3.4k retweets dan 2k likes.

Kredit foto: Twitter Shan
Kredit foto: Twitter Shan

Sumber: Twitter Shan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Feb 2024
Kes Mahkamah Mon, 10 Jul 2023
Featured Tue, 21 Feb 2023
Featured Fri, 15 Jul 2022
Featured Wed, 27 Sep 2023
Featured Thu, 1 Sep 2022