familuv By: Halimey Zamal January 17, 2023 @ 3:27pm

“Sampai Mampus Pun Hidup Kau Sempit Sebab…” – Suami Fatin Afeefa Minta Netizen ‘Stop’ Bandingkan Diri

Suami kepada pelakon cantik Fatin Afeefa, Aliff Awang menasihati warganet untuk tidak membandingkan diri sendiri dengan orang lain.

@aliff_awangRILEK AAAA WEH Ramai sibuk mengejar impian tapi sekerat jalan. Semua berpunca dari KAU bandingkan diri KAU dengan kehidupan orang lain Santai laaa Kau stress tengok orang lain senang pahal? Enjoy je perjalanan korang. Jangan pernah mengeluh dengan penat dan rezeki yang ada. Aku dulu tak pernah rasa terbeban dengan kehidupan susah. Aku bersyukur gila hidup susah dulu. Sebab waktu susah gila, aku yakin kalau aku percaya pada rezeki, takdir masa hadapan tiada lagi duka lara. Kau kalau asyik comment kat video orang kaya “ hidup saya sempit. Tolong saya “ Sampai mampus pun hidup kau sempit. Sebab apa? Sebab kau tak percaya pada diri kau sendiri. Relax ok? LINK KAT BIO♬ original sound – Opai Alpiaw

Menerusi perkongsian di laman TikTok, Aliff yang dikenali sebagai Opai memberitahu tidak perlu rasa tertekan dengan kejayaan orang lain kerana rezeki bagi setiap manusia berbeza-beza.

“Ramai sibuk mengejar impian tapi sekerat jalan. Semua berpunca dari kau bandingkan diri kau dengan kehidupan orang lain.

“Kau stress tengok orang lain senang pahal? Enjoy je perjalanan korang. Jangan pernah mengeluh dan penat dengan rezeki yang ada,” tulis Opai.

Sementara itu, Opai mendedahkan dia juga pernah berada di fasa susah namun tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan Tuhan buatnya.

“Dulu aku tak pernah rasa rasa terbeban dengan kehidupan susah. Aku bersyukur gila hidup susah dulu.

“Sebab masa waktu susah gila, aku yakin dan percaya pada rezeki, takdir, masa hadapan dan tiada duka lara. Kalau kau asyik comment kat video orang kaya hidup saya sempit tolong saya, sampai mampus pun hidup kau sempit, sebab kau tak percaya diri,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen warganet bersetuju dengan pendapatnya dan ada juga yang meminta untuk Opai mengajar mereka forex bagi mendapatkan pulangan wang yang lumayan.

“Steady bang.

“Opai ajar aku trade juga.

“Bila lah akak nak jadi macam Opai jalan-jalan ada duit,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Jul 2023
Hiburan Wed, 26 Dec 2018

李幸倪3月登顶!首次个人大型演唱会

李幸倪明年3月登云顶舞台,在大马首次举办个人大型演唱会,唱出9年出道以来梦想路!

Hiburan Sat, 5 Aug 2023
Featured Fri, 9 Sep 2022

Disahkan Paru-Paru Berair, Datuk M Daud Kilau Kini Stabil – “Bila Rasa Penat Dia Akan…”

Alhamdulillah… Semoga Datuk M Daud Kilau diberikan kesembuhan sepenuhnya 🤲

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

Debaran Ezzaty Abdullah Berlakon Dengan Legend!

Saya pernah bertemu dengan beliau sebelum ini namun tidak berkesempatan berlakon sama. Jadi peluang bertemu dan berlakon sekali dengan Uncle Jalil Hamid, saya gunakan sebaiknya.

Hiburan Fri, 29 Dec 2017

“BUAT APA NAK TOLAK? ORANG MASIH MAHUKAN KHIDMAT SAYA” – FASHA SANDHA

Bagi Fasha, memang masa itu sangat terhad tetapi itulah pengorbanan yang perlu dilakukan olehnya

Hiburan Fri, 1 Dec 2017

Vin Diesel Pelakon Termahal 2017 RM6.5 Bilion

Tahun ini menyaksikan dua bintang utama filem Fast and Furious 8, Vin Diesel dan The Rock dinobatkan sebagai pelakon termahal untuk tahun 2017. Filem box office itu juga meletakkan Vin Diesel di tempat pertama dengan […]